awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netanyahu kecam PM Belgium ‘lemah’ selepas iktiraf negara Palestin

Agensi
Agensi
03/09/2025
23:20 MYT
Netanyahu kecam PM Belgium ‘lemah’ selepas iktiraf negara Palestin
Netanyahu mengecam keputusan Belgium yang mengiktiraf negara Palestin, dengan menyifatkan Perdana Menteri Bart de Wever sebagai pemimpin “lemah” yang tunduk kepada keganasan. - Gambar fail Reuters
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam keputusan Belgium yang mengiktiraf negara Palestin, dengan menyifatkan Perdana Menteri Bart de Wever sebagai pemimpin “lemah” yang tunduk kepada keganasan.
Belgium menjadi negara Barat terbaharu mengumumkan pengiktirafan itu menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan ini, menyertai Australia, Kanada dan Perancis yang lebih awal menyatakan sokongan.
Tindakan itu diambil ketika Israel berdepan tekanan antarabangsa berhubung operasi ketenteraan yang berlanjutan hampir dua tahun di Gaza.
“Perdana Menteri Belgium, de Wever ialah seorang pemimpin lemah yang cuba mengalah pada keganasan dengan mengorbankan Israel,” menurut kenyataan Pejabat Netanyahu di platform X, pada Rabu.
Sebaliknya, Menteri Luar Belgium, Maxime Prevot mempertahankan keputusan kerajaan itu dengan merujuk kepada “tragedi kemanusiaan” di Gaza selain berjanji untuk mengenakan “sekatan tegas” terhadap Israel.
Tindakan Belgium itu mencetuskan reaksi keras daripada gabungan pemerintah Israel. Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich menggesa agar sebahagian besar wilayah Tebing Barat yang diduduki diilhak, menzahirkan pendirian keras sayap kanan dalam pentadbiran Netanyahu.
Langkah pengiktirafan oleh Belgium dan beberapa negara lain dibuat ketika Israel memperhebatkan operasi ketenteraan di sekitar Bandar Gaza, kawasan yang telah diisytiharkan PBB mengalami kebuluran.
Konflik tercetus pada 7 Oktober 2023 apabila Hamas melancarkan serangan mengejut yang mengorbankan 1,219 nyawa di Israel, kebanyakannya orang awam, menurut angka rasmi pihak berkuasa negara itu.
Sebagai tindak balas, Israel melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza yang sehingga kini telah meragut sekurang-kurangnya 63,746 nyawa rakyat Palestin, majoritinya orang awam, menurut angka Kementerian Kesihatan Gaza yang dianggap boleh dipercayai oleh PBB. - Agensi
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Netanyahu kecam PM Belgium
#Belgium iktiraf Palestin
#PM Belgium 'lemah'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan