Netanyahu puji Trump susulan penahanan Maduro

Netanyahu (kiri) memuji Trump (kanan) sebagai pemimpin berani dan bersejarah berhubung tindakan tentera AS menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro. -Gambar fail/Reuters
TEL AVIV: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memuji tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Venezuela, menyifatkannya sebagai “kepimpinan berani dan bersejarah” selepas penahanan Presiden Nicolás Maduro.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memuji Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai pemimpin berani berhubung tindakan penahanan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.
- Netanyahu menegaskan tindakan tersebut penting kerana Maduro merupakan sekutu Iran, musuh utama Israel di Asia Barat, serta memberi isyarat jelas kepada rejim yang menyokong keganasan dan pengedaran dadah antarabangsa.
- Trump dan Netanyahu dilaporkan bertemu selepas pengumuman penahanan Maduro, menunjukkan hubungan erat di antara Amerika Syarikat dan Israel dalam isu keselamatan serantau dan dasar luar terhadap negara yang disifatkan menyokong keganasan.
Netanyahu turut menegaskan bahawa tindakan itu penting kerana Maduro merupakan sekutu rapat Iran, musuh utama Israel di Asia Barat.
Dia menyifatkan operasi penahanan Maduro sebagai kejayaan strategik yang memberi isyarat jelas kepada rejim yang didakwanya menyokong keganasan dan pengedaran dadah antarabangsa.
Trump dan Netanyahu dilaporkan bertemu di Mar-a-Lago, Florida, beberapa jam selepas pengumuman rasmi mengenai kejayaan operasi ketenteraan AS di Caracas yang membawa kepada penahanan Maduro dan isterinya, Cilia Flores.
Kedua-duanya bakal berdepan pertuduhan berkaitan pengedaran dadah dan konspirasi narco-terrorisme di Mahkamah Persekutuan New York atau Florida.
Kenyataan Netanyahu mencerminkan hubungan erat di antara Washington dan Tel Aviv, khususnya dalam isu keselamatan serantau dan dasar luar terhadap negara yang dianggap menyokong keganasan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang disebut oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai "kepimpinan berani dan bersejarah" Presiden Amerika Syarikat Donald Trump? A: Netanyahu menyifatkan tindakan Trump terhadap Venezuela sebagai "kepimpinan berani dan bersejarah" berhubung penahanan Presiden Nicolas Maduro.
- Q: Mengapa Perdana Menteri Israel menegaskan bahawa penahanan Maduro adalah penting? A: Netanyahu menyatakan bahawa penahanan Maduro penting kerana beliau merupakan sekutu rapat Iran, musuh utama Israel di Asia Barat.
- Q: Di mana Trump dan Netanyahu dilaporkan bertemu selepas pengumuman penahanan Maduro? A: Trump dan Netanyahu dilaporkan bertemu di Mar-a-Lago, Florida, beberapa jam selepas pengumuman penahanan Maduro di Caracas.
- Q: Apakah tindakan yang bakal diambil terhadap Maduro dan isterinya selepas penahanan mereka? A: Maduro dan isterinya, Cilia Flores, bakal berdepan pertuduhan berkaitan pengedaran dadah dan konspirasi narco-terrorisme di Mahkamah Persekutuan New York atau Florida.
- Q: Bagaimana hubungan antara Washington dan Tel Aviv diceritakan dalam konteks kenyataan Netanyahu? A: Kenyataan Netanyahu mencerminkan hubungan erat antara Washington dan Tel Aviv, khususnya dalam isu keselamatan serantau dan dasar luar terhadap negara yang dianggap menyokong keganasan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

