TEHRAN: Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) mendedahkan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel telah menyerang 105 lokasi awam di seluruh Iran sejak konflik meletus pada Sabtu lalu.
Menurut data yang direkodkan oleh badan kemanusiaan itu, sebanyak 1,332 serangan telah dikesan merangkumi 636 lokasi berbeza di sekurang-kurangnya 174 buah bandar yang terjejas akibat bedilan udara dan serangan darat setakat ini.
Advertisement
Kenyataan rasmi persatuan itu turut memperincikan bahawa kemudahan asas dan perubatan tidak terkecuali daripada menjadi sasaran, melibatkan kemusnahan di 14 fasiliti perubatan dan tujuh bangunan milik Bulan Sabit Merah sendiri.
"Kami telah mendokumentasikan serbuan di ratusan lokasi termasuk kawasan penempatan penduduk dan infrastruktur awam yang sepatutnya dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa," menurut kenyataan agensi bantuan tersebut yang dipetik oleh media tempatan.
Laporan ini menyusul di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Iran, dengan jumlah kematian orang awam dijangka terus meningkat memandangkan banyak kemudahan rawatan kini dilaporkan lumpuh atau musnah sepenuhnya.