Netflix ambil alih studio Hollywood Warner Bros dengan nilai AS$82.7 bilion

Gergasi penstriman Netflix mengambil alih studio Hollywood ternama Warner Bros susulan pemisahan unit perniagaan Discovery Global milik Warner pada nilai hampir AS$82.7 bilion.
LOS ANGELES: Gergasi penstriman Netflix mengambil alih studio Hollywood ternama Warner Bros susulan pemisahan unit perniagaan Discovery Global milik Warner pada nilai hampir AS$82.7 bilion, umum Netflix pada Jumaat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Netflix mengambil alih unit perniagaan Warner Bros susulan pemisahan Discovery Global pada nilai AS$82.7 bilion.
- Perjanjian itu merangkumi studio filem dan televisyen Warner Bros, HBO Max dan HBO.
- Gabungan ini membolehkan Netflix menawarkan lebih banyak pilihan rancangan kepada penonton dan membentuk abad seterusnya dalam dunia penceritaan.
"Dengan menggabungkan koleksi rancangan dan filem Warner Bros yang luar biasa - daripada karya klasik seperti 'Casablanca' dan 'Citizen Kane' hingga kegemaran moden seperti 'Harry Potter' dan 'Friends' - bersama judul ikonik kami seperti 'Stranger Things', 'KPop Demon Hunters' dan 'Squid Game', kami dapat melakukannya dengan lebih baik.
"Bersama-sama, kami boleh memberi penonton lebih banyak pilihan yang mereka gemari dan membantu membentuk abad seterusnya dalam dunia penceritaan," kata Sarandos.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


