[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Netizen kecoh, emoji 'datang bulan' bakal dilancar

Astro Awani 09/02/2019 | 00:28 MYT
Menurut sebuah portal, lebih daripada 55,000 orang menyokong kempen supaya emoji datang bulan ditambah ke papan kekunci global. Twitter PlanInternational UK
EMOJI 'datang bulan' akan dilancarkan tidak lama lagi selepas kempen mengenainya, menggunakan hashtag #PeriodEmoji, giat dijalankan oleh organisasi kemanusiaan Plan International United Kingdom (UK).
Kempen yang dijalankan kumpulan NGO wanita itu bertujuan membantu menghapuskan rasa malu dan stigma yang dihadapi oleh wanita ketika bercakap mengenai haid mereka.
Emoji yang berbentuk titisan darah merah itu dipercayai akan ditambah ke dalam papan kekunci telefon pintar seawal Mac tahun ini.
BACA: 'Pondok datang bulan' ragut mangsa tradisi kuno lagi
Lapor portal News.com.au, lebih daripada 55,000 orang menyokong kempen supaya emoji datang bulan ditambah ke papan kekunci global.
Plan International UK berkata, satu penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan wujud keperluan untuk mengadakan perbincangan lebih terbuka mengenai haid.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengguna Twitter dilihat memberi reaksi berbeza-beza kepada perkembangan terbaru ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#datang bulan #emoji #haid #period #PeriodEmoji #Plan International