AFGHANISTAN kini berada di bawah penguasaan penuh Taliban, hanya tiga bulan setelah kumpulan militan itu melancarkan serangannya ke negara tersebut.
'Kemenangan' Taliban ini telah menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia, mengimbas semula bagaimana pemerintahan kumpulan itu di Afghanistan pada akhir 1990-an dan awal tahun 2000-an yang disifatkan mimpi ngeri oleh rakyat Afghanistan.
Namun, keterasingan Taliban di peringkat antarabangsa nampaknya sedikit berubah, bukan hanya kerana kumpulan itu kini menjadi pemerintah de facto Afghanistan, malah kerana wakilnya terus meyakinkan dunia tentang 'pengalaman yang berbeza' dan tegas mengatakan bahawa mereka telah mengambil pengajaran dari masa lalu.
China
Pertemuan antara kepimpinan Taliban dan Menteri Luar Negeri China, Wang Yi pada Julai merupakan penanda aras komunikasi yang lebih baik antara kedua-dua pihak selepas ini, terutama bagi China dalam menekankan kestabilan serta jaminan keselamatan.
Jurucakap kerajaan memaklumkan kesediaan China untuk 'mempererat hubungan mesra dan kerjasama' dengan Afghanistan, setelah Taliban mengambil alih.
Kementerian Luar Negeri China pada Isnin menekankan kepada menjaga 'hubungan dan kerjasama' dengan Afghanistan mungkin akan berterusan selagi keadaan di negara itu stabil dan Taliban berpegang pada janji untuk bekerjasama dengan entiti politik lain.
Rusia
AP melaporkan Duta Besar Russia di Kabul yang mengadakan pertemuan dengan Taliban pada Selasa, menyifatkannya sebagai positif dan membina.
“Perwakilan Taliban mengatakan bahawa Taliban memiliki pendekatan yang paling ramah terhadap Rusia. Mereka mengesahkan jaminan keselamatan untuk kedutaan," kata Dmitry Zhirnov.
Wakil Rusia ke India, Roman Babushkin menjelaskan kedudukan negara itu terhadap Taliban, dengan menyarankan untuk bekerjasama atau mengadakan dialog bukan satu bentuk pengiktirafan terhadap mereka.
“Situasi di Afghanistan tidak dapat diramalkan. Dalam situasi ini, Rusia mengadakan dialog yang erat dengan semua negara berkaitan. Jika Taliban perlu diiktiraf, langkah pertama ialah permuafakatan yang relevan di PBB dalam Majlis Keselamatan," kata Babushkin kepada CNN-News18.
Qatar
Doha menjadi tuan rumah untuk rundingan damai sejak 2013 dan memainkan peranan penting dalam usaha mencapai penyelesaian politik di Afghanistan dengan pengunduran tentera Amerika Syarikat.
"Terdapat kebimbangan antarabangsa dan Qatar melakukan yang terbaik untuk memastikan peralihan yang teratur," kata Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani.
Pakistan
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengatakan, Islamabad mengambil pendekatan tidak berpihak di Afghanistan.
Buat masa ini, pemerintahan Imran Khan tidak mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan yang sah di Kabul.
Imran, yang selama ini cukup lantang bersuara mengenai 'perang melawan keganasan' Amerika di wilayah itu, menekankan pentingnya semua pihak bekerjasama untuk mendapatkan penyelesaian politik inklusif, menurut laporan berita tempatan Selasa.
Astro Awani
Sun Aug 22 2021

Wakil Taliban terus meyakinkan dunia tentang "pengalaman yang berbeza" dan tegas mengatakan bahawa mereka telah mengambil pengajaran dari masa lalu. - Reuters

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.

Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.

Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.

Taliban pamer senjata dalam muzium
Bahagian kecil muzium telah diletakkan pelbagai objek perang yang kini menjadi tarikan pengunjung paling ramai.

Nahas pesawat Rusia: 4 daripada 6 penumpang ditemukan selamat - Taliban
Seramai empat daripada enam penumpang ditemukan masih hidup selepas sebuah pesawat Rusia terhempas di wilayah Badakhshan di Afghanistan.

Kazakhstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi diharamkan
Taliban yang berdepansekatan PBB kerana keganasan tidak lagi dianggap sebagai organisasi yang diharamkan di Kazakhstan.

150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.

Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.

Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.

PBB desak Taliban berhenti seksa, lindungi hak tahanan
Misi diplomatik PBB di Afghanistan telah mendokumentasikan lebih daripada 1,600 kes pencabulan hak asasi manusia semasa penangkapan dan penahanan individu selepas itu.