awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nissan sahkan rundingan perkongsian modal dengan Mitsubishi

Agensi
Agensi
12/05/2016
02:59 MYT
Nissan sahkan rundingan perkongsian modal dengan Mitsubishi
Pengumuman itu bertitik tolak daripada kepentingan pembelian dalam saham Mitsubishi di Bursa Saham Tokyo.
Nissan Motor mengesahkan pada Khamis bahawa pihaknya sedang berbincang tentang perkongsian modal dengan Mitsubishi Motors, dengan bayangan bahawa rundingan itu bakal menghasilkan kumpulan automotif mega.
Perjanjian itu, jika dipersetujui, akan membentuk sebuah firma yang mampu memberikan saingan kepada syarikat global gergasi seperti Toyota dan Volkswagen dari segi jumlah jualan, lapor media Jepun.
“Nissan dan Mitsubishi sedang membincangkan pelbagai perkara termasuk kerjasama modal, namun belum ada keputusan,” ujar Nissan dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan berasingan, Mitsubishi Motors juga berkata pihaknya akan membincangkan isu itu dalam mesyuarat lembaga pengarahnya pada Khamis.
Pengumuman itu bertitik tolak daripada kepentingan pembelian dalam saham Mitsubishi di Bursa Saham Tokyo, di mana perdagangan awal hendak bermula berikutan tempahan pembelian yang memberangsangkan.
Semuanya bermula apabila media tempatan melaporkan bahawa dua syarikat itu dalam fasa rundingan terakhir kerjasama, iaitu bagi Nissan membeli 34 peratus pegangan saham Mitsubishi.
Perjanjian yang dilaporkan bernilai AS$1.8 bilion (RM7.25 bilion) itu akan meletakkan Mitsubishi di bawah kawalan Nissan kerana hanya memiliki 20 peratus kepentingan saham, lapor berita NHK.
Jualan global gabungan antara Renault-Nissan dan Mitsubishi Motors membentuk lebih 9.5 juta unit, berbanding jualan tahunan 10.15 juta unit oleh Toyota dan 9.9 juta unit oleh Volkswagen, lapor NHK.
Topic Berkaitan
#berita bisnes
#Mitsubishi
#Nissan
#pemotoran
#rundingan kerjasama modal
#syarikat automotif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan