BEBERAPA tindakan yang diambil Israel dalam menentang Hamas seperti memotong bekalan makanan dan air di Gaza hanya akan “mengukuhkan lagi sikap rakyat Palestin selama beberapa generasi akan datang” dan melemahkan sokongan antarabangsa kepada negara itu, tegas Barrack Obama, lapor Reuters.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu yang jarang memberikan ulasan dalam krisis polisi antarabangsa menegaskan, apa sahaja strategi ketenteraan Israel dalam perang berkenaan yang mengabaikan nilai kemanusiaan hanya akan “memakan diri” mereka sendiri.
“Keputusan kerajaan Israel menghentikan bekalan makanan, air dan elektrik di Gaza tidak hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan, sebaliknya, akan “mengukuhkan lagi sikap rakyat Palestin selama beberapa generasi akan datang,” menghakis sokongan global kepada Israel serta merosakkan usaha jangka panjang untuk mencapai perdamaian dan kestabilan di rantau berkenaan,” tegas Obama.
Israel melancarkan serangan udara ke Gaza tanpa henti susulan serangan dilancarkan oleh Hamas ke atas negara itu pada 7 Oktober lalu.
Serangan Hamas mengorbankan 1,400 rakyat Israel, manakala serangan balas Israel pula menyebabkan lebih 5,000 rakyat Palestin terkorban.
Obama dalam masa sama mengutuk serangan dibuat Hamas dan mengulangi sokongannya kepada Israel untuk mempertahankan diri, namun, dalam masa masa sama menyatakan kebimbangan perang meragut nyawa orang awam.
Belum jelas sama ada Obama ada telah berkoordinasi dengan Presiden Joe Biden yang pernah menjadi Naib Presiden beliau selama lapan tahun.
Semasa perkhidmatannya sebagai Presiden, Obama sering bersetuju dengan tindakan Israel mempertahankan diri mereka ketika permulaan konflik dengan pasukan Hamas dari Palestin, tetapi dengan pantas menggesa Israel meredakan serangan selepas berlaku kematian rakyat Palestin akibat serangan udara.
Gaza merupakan wilayah yang padat dengan jarak panjangnya 45 kilometer didiami oleh 2.2 juta penduduk dikuasai oleh Hamas sejak 2007.
Semasa Obama menjadi Presiden AS juga, pentadbiran beliau berusaha mencari jalan perdamaian antara Israel dan Palestin, namun gagal.
Sementara Biden pula ketika mengambil alih tampuk pemerintahan AS pada 2021, tidak mengambil inisiatif meneruskan usaha yang dibuat pentadbiran sebelum itu, dengan menyatakan pemimpin dari kedua-dua belah itu tidak sabar selain masa juga tidak kena ketika itu.
Hubungan Obama dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula pernah diuji apabila pentadbiran AS yang diterajui Obama ketika itu sedang berurusan dengan Iran mengenai perjanjian nuklear.
Biden yang juga Naib Presiden kepada Obama ketika itu sering menjadi orang tengah di antara Obama dan Netanyahu. - Agensi
Agensi
Tue Oct 24 2023
Apa sahaja strategi ketenteraan Israel dalam perang berkenaan yang mengabaikan nilai kemanusiaan hanya akan -memakan diri- mereka sendiri, kata Barrack Obama. - Gambar fail BERNAMA
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.