awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama janji henti kawalan data telefon ratusan juta penduduk

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2014
04:43 MYT
Obama janji henti kawalan data telefon ratusan juta penduduk
Obama
NSA
Aktivis melancarkan bantahan terhadap risikan ke atas rakyat Amerika Syarikat oleh NSA di hadapan bangunan Bahagian Kehakiman di mana Obama menyampaikan ucapan berkenaan reformasi NSA. - Win McNamee/Getty Images/AFP
WASHINGTON: Amerika Syarikat mengambil tindakan mereformasikan polisi pengawasan Agensi Keselamatan Kebangsaan, NSA, beberapa bulan selepas pendedahan kontroversi Edward Snowden.
Ia termasuk menamatkan kawalan kerajaan terhadap data telefon membabitkan ratusan juta penduduk negara itu.
Dalam ucapannya Presiden Barack Obama berjanji akan menghentikan pemantauan komunikasi membabitkan pemimpin negara asing.
Turut diumumkan perlindungan bagi komunikasi warga asing yang menjadi mangsa polisi berkenaan.
Tegas Obama, program risikan Amerika Syarikat bukan bertujuan mencabuli hak peribadi mana-mana individu.
Sebaliknya ia dilaksana bagi mengelakkan negara berkenaan sekali lagi menjadi mangsa serangan pengganas.
Komuniti risikan dan peguam negara diberi tempoh 60 hari bagi mengkaji pilihan di mana data berkenaan bakal dipindahkan.
Beliau turut mengeluarkan arahan serta merta kepada agensi risikan bagi mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu sebelum mengakses data sulit individu.
Topic Berkaitan
#Agensi Keselamatan Kebangsaan
#Amerika Syarikat
#Barack Obama
#Edward Snowden
#NSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan