awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dos kelahiran vaksin Hepatitis B kekal dalam Program Imunisasi Kebangsaan - KKM
Penguatkuasaan kebajikan haiwan berterusan, DVS selesai lebih 16,000 aduan
KRW FC perlu kekal momentum menang untuk tarik semula penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC adakan mesyuarat tergempar bincang insiden bakar al-Quran di Stockholm

Bernama
Bernama
30/06/2023
10:41 MYT
OIC adakan mesyuarat tergempar bincang insiden bakar al-Quran di Stockholm
Menurut OIC, mesyuarat itu akan diadakan di Jeddah di bawah undangan kerajaan Arab Saudi selaku pengerusi OIC. - Gambar fail/OIC
JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini mengumumkan akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada minggu hadapan untuk berbincang mengenai isu membakar kitab suci al-Quran di Stockholm Rabu lepas semasa umat Islam membuat persiapan meraikan Aidiladha.
Menurut OIC dalam kenyataan yang diterbitkan melalui twitter rasminya hari ini, mesyuarat itu akan diadakan di Jeddah di bawah undangan kerajaan Arab Saudi selaku pengerusi OIC.
"Mesyuarat ini akan mengetengahkan tindakan-tindakan yang akan diambil terhadap perlakuan membakar kitab suci al-Quran dan bagi menyatakan pendirian menolak perbuatan keji itu," kata kenyataan itu.
Pada masa sama, pertubuhan itu turut mengecam sekeras-kerasnya perbuatan cela yang dilakukan oleh beberapa pelampau, dengan niat menimbulkan kebencian, perselisihan dan perkauman.
"Kelakuan ini akan menjejaskan rasa hormat dan keharmonian antara kaum dan ia amat bercanggah dengan usaha antarabangsa untuk menyebarkan nilai toleransi, kesederhanaan dan menolak ekstremisme", tambahnya.
"Kami berasa kesal atas semua percubaan untuk mencemarkan Al-Quran dan nilai-nilai Islam dan mengesahkan komitmen yang diambil semua negara di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk menggalak, mendorong, menghormati dan mematuhi hak asasi manusia dan kebebasan asas setiap individu di seluruh dunia tanpa sebarang bentuk perbezaan daripada segi kaum, warna kulit, jantina, bahasa, agama, politik atau pandangan, asal negara atau sosial, harta, kelahiran atau status lain.
Dalam nada sama, Liga Dunia Islam (MWL) dan Pengurusan Tertinggi Dua Kota Suci umat Islam turut mengecam hebat jenayah perbuatan membakar al Quran di Stockholm, Sweden.
Malaysia, menerusi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut tidak ketinggalan mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada Rabu (28 Jun) di Stockholm.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#oic
#Al-Quran
#tindakan provokatif
#Mesyuarat tergempar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan