awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC mesti bertindak banteras Islamofobia, hipokrasi Barat - Menteri Luar Negeri

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
05/05/2024
08:18 MYT
OIC mesti bertindak banteras Islamofobia, hipokrasi Barat - Menteri Luar Negeri
Mohamad (kanan) ketika menghadiri Majlis Pembukaan Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia
KUALA LUMPUR: Tindakan parti politik berhaluan kanan, pemimpin agama dan entiti negara-negara Barat yang membakar sentimen Islamofobia merupakan sikap hipokrasi dan dwistandard yang memalukan.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bertindak bagi menangani sentimen anti-Islam dan diskriminasi terhadap orang Islam yang kian meningkat.
Beliau menyifatkan sentimen agama yang dimainkan oleh negara-negara Barat itu telah mempersendakan kepelbagaian agama dan kepercayaan. Lebih parah kebencian tersebut diterjemahkan dalam bentuk tindakan menghina dan membakar kitab suci al-Quran dengan sengaja.
“Malangnya, mereka (negara-negara Barat) merasionalkan tindakan-tindakan tersebut dengan mengetepikan prinsip asas hak asasi manusia - ini suatu hipokrasi dan dwistandard.
“Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti menggandakan usaha membanteras peningkatan Islamofobia. Kita perlu bekerjasama dengan Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam hal ini.” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Kenyataan Negara di Sesi ke-15 Sidang Kemuncak OIC pada Sabtu.
Mohamad menambah, Malaysia telah melakukan beberapa tindakan dalam menangani isu Islamofobia ini, antaranya dengan menggalakkan dialog rentas agama dan budaya kearah memupuk keamanan.
Lanjutan ini, menurutnya, Malaysia akan mengadakan Persidangan Antarabangsa Pemimpin-pemimpin Agama (International Conference of Religious Leaders) pada 7 dan 8 Mei akan datang, dengan tema ‘Kepelbagaian Dalam Kesatuan’.
“Kami berharap pemimpin Muslim, sarjana dan ketua-ketua agama seluruh dunia akan sertai dan membantu merapatkan jurang kefahaman mengenai setiap agama seterusnya mencapai hidup beragama yang damai dan harmoni,” tambahnya.
Perpaduan negara Islam sedunia selesaikan isu sedunia
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#oic
#Islamofobia
#dwistandard
#barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan