awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OPEC setuju tingkatkan had pengeluaran lima negara

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2021
01:03 MYT
OPEC setuju tingkatkan had pengeluaran lima negara
Tindakan ini sekaligus menamatkan pertikaian oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) sehingga mengancam harga komoditi itu. - Gambar hiasan
PERTUBUHAN Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersetuju untuk tingkatkan had pengeluaran yang dikenakan ke atas lima negara.
Tindakan ini sekaligus menamatkan pertikaian oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) sehingga mengancam harga komoditi itu.
Pertikaian sebelum ini dicetuskan UAE yang menuntut had pengeluarannya ditingkatkan.
OPEC kemudian dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan Iraq, Kuwait, Rusia, Arab Saudi dan UAE dibenar meningkatkan had pengeluaran.
Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Bin Salman bagaimanapun enggan mengulas kaedah yang digunakan sehingga negara anggota berjaya capai konsensus mengenai had pengeluaran lima negara terlibat.
"Apa yang mengekalkan hubungan kami ketika ini melebihi apa yang boleh anda bayangkan.
"Saya kesal jika sebelum ini ia tidak dilihat begitu.
"Namun ini peluang untuk anda melihat kami dengan cara yang berbeza. Walaupun kami mempunyai perbezaan, namun kami kekal akrab," katanya.
Di sebalik perkembangan ini, ketegangan dalam kalangan negara jiran masih memuncak di luar OPEC.
UAE sudah menarik diri daripada perang di Yaman, yang diketuai Arab Saudi.
Negara itu juga sudah mengiktiraf hubungan diplomatik dengan Israel.
Sementara itu, Arab Saudi sudah mula menerima Qatar, selepas boikot beberapa tahun.
Topic Berkaitan
#OPEC
#minyak
#had pengeluaran
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan