awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OpenAI mungkin akan tinggalkan Eropah jika peraturan ketat

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2023
01:20 MYT
OpenAI mungkin akan tinggalkan Eropah jika peraturan ketat
Sam Altman (kanan) ditemu bual Azeem Azhar di University College London. - Foto AP
LONDON: Syarikat teknologi, OpenAI mungkin mempertimbangkan untuk meninggalkan Eropah sekiranya tidak dapat mematuhi peraturan kecerdasan buatan (AI) yang dirangka Kesatuan Eropah (EU).
Ketua Oegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman berkata, sebelum mempertimbangkan untuk menarik diri, OpenAI akan cuba mematuhi peraturan di Eropah apabila ia ditetapkan.
Jelasnya, draf semasa Akta AI EU akan dikawal secara berlebihan, tetapi pihaknya telah mendengar ia akan ditarik balik namun mereka masih bercakap mengenainya.
EU sedang mengusahakan set peraturan pertama di seluruh dunia untuk mentadbir AI.
Sebagai sebahagian daripada draf, syarikat yang menggunakan alat AI generatif, seperti ChatGPT, perlu mendedahkan sebarang bahan berhak cipta yang digunakan untuk membangunkan sistem mereka.
Ahli Parlimen EU mencapai kata sepakat mengenai draf akta itu awal bulan ini.
Ia kini akan dibahaskan antara wakil-wakil Parlimen, majlis dan suruhanjaya untuk melihat butiran akhir rang undang-undang itu.
Sistem AI tujuan am ialah kategori yang dicadangkan oleh penggubal undang-undang untuk mengambil kira alatan AI dengan lebih daripada satu aplikasi, seperti model AI generatif seperti ChatGPT yang disokong Microsoft.
Topic Berkaitan
#OpenAI
#Sam Altman
#Peraturan
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan