awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO

Bernama
Bernama
01/05/2024
06:45 MYT
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
TEDROS: Pencerobohan berskala penuh ke atas Rafah akan mencetuskan malapetaka kemanusiaan. Kami merayu kepada Israel supaya tidak meneruskannya. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus melahirkan kebimbangan pada Selasa, mengenai kemungkinan pencerobohan darat Israel ke atas bandar Rafah, selatan Gaza, yang menempatkan lebih sejuta rakyat Palestin yang mencari perlindungan daripada perang Israel-Hamas.
"Pencerobohan berskala penuh ke atas Rafah akan mencetuskan malapetaka kemanusiaan. Kami merayu kepada Israel supaya tidak meneruskannya," kata Tedros, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Kami menggesa semua pihak untuk berusaha melakukan gencatan senjata dan keamanan yang berkekalan."
Kenyataan beliau dibuat selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
Netanyahu berkata tentera Israel akan memasuki Rafah untuk memusnahkan batalion Hamas di sana "dengan atau tanpa perjanjian."
Kenyataan beliau dibuat di tengah-tengah laporan cadangan gencatan senjata baharu yang sedang dibincangkan oleh Hamas dan Israel untuk menamatkan konflik di Gaza.
Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh kumpulan Hamas Palestin pada 7 Okt lepas.
Lebih 34,500 warga Palestin terbunuh kebanyakan wanita dan kanak-kanak dan ribuan yang lain cedera menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan keperluan yang teruk.
Serangan lebih enam bulan itu menyaksikan sebahagian besar infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah, menyebabkan 85 peratus penduduk di wilayah itu hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Rejim itu dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Keputusan interim pada Januari lepas mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#WHO
#Israel
#Rafah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan