awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi pembenihan awan dilaksanakan bagi lindungi Jakarta Raya daripada hujan lebat

Bernama
Bernama
10/07/2025
01:50 MYT
Operasi pembenihan awan dilaksanakan bagi lindungi Jakarta Raya daripada hujan lebat
Pemerhatian lapangan selepas operasi pembenihan awan bagi mengalihkan hujan menunjukkan tiada hujan di Jakarta, Bekasi dan kawasan berdekatan pada Selasa. - Foto BNP
JAKARTA: Indonesia melaksanakan operasi pembenihan awan bagi mengalihkan hujan daripada kawasan Jakarta Raya antara 7 hingga 11 Julai dalam usaha mengelakkan banjir ketika hujan lebat berterusan, menurut pegawai pada Rabu.
Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) berkata terdapat potensi hujan sederhana hingga lebat di Jakarta, Jawa Barat, Banten dan kawasan sekitar.
"Pemerhatian lapangan selepas operasi menunjukkan tiada hujan di Jakarta, Bekasi dan kawasan berdekatan pada Selasa," kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari, dalam satu kenyataan.
Pada Isnin, kira-kira 800 kilogram natrium klorida (NaCl) disebarkan di kawasan pesisir Banten dan Lebak, diikuti 2,000 kilogram pada Selasa di perairan selatan Jawa Barat dan Laut Jawa utara bagi mengurangkan pembentukan awan yang boleh mencetuskan hujan di pusat bandar.
Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), ancaman cuaca ekstrem di Jakarta Raya dijangka semakin reda dalam tempoh tiga hari akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Jakarta
#operasi pembenihan awan
#Indonesia
#mengalihkan hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan