awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester berjalan seperti biasa susulan gangguan elektrik

Bernama
Bernama
24/06/2024
14:14 MYT
Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester berjalan seperti biasa susulan gangguan elektrik
Lapangan terbang itu telah mengumumkan tiada penerbangan berlepas dari Terminal 1 dan 2, mengakibatkan barisan panjang dan gangguan kepada pemprosesan bagasi sepanjang hari. - Gambar fail/ Reuters/Phil Noble
LONDON: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester di United Kingdom dijangka "berjalan seperti biasa" pada Isnin selepas mengalami gangguan bekalan elektrik pada hujung minggu hingga menjejaskan penumpang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Gangguan yang berlaku pada awal pagi Ahad menyebabkan pembatalan 66 penerbangan keluar, menyumbang 25 peratus daripada semua pelepasan dan 50 penerbangan masuk, mewakili 18 peratus daripada semua ketibaan, menjelang waktu makan tengah hari, menurut syarikat analitik penerbangan Cirium.
Lapangan terbang itu telah mengumumkan tiada penerbangan berlepas dari Terminal 1 dan 2, mengakibatkan barisan panjang dan gangguan kepada pemprosesan bagasi sepanjang hari.
Menerusi hantaran di media sosial pada Ahad malam, Lapangan Terbang Manchester menyatakan ia tidak menjangkakan sebarang "gangguan lanjut" pada Isnin.
"Kami ingin memohon maaf kepada semua yang terjejas oleh gangguan di Terminal 1 dan 2 hari ini. Jadual esok dijangka berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan lagi.
"Penumpang harus merancang untuk ke lapangan terbang seperti biasa, mendaftar masuk dua jam sebelum penerbangan mereka untuk penerbangan jarak dekat dan tiga jam untuk jarak jauh.
"Adalah dinasihatkan untuk entiasa menyemak status penerbangan anda sebelum anda pergi ke lapangan terbang. Syarikat penerbangan akan berhubung dengan penumpang untuk menjadualkan semula penerbangan yang dibatalkan," menurut hantaran itu
Terdahulu pada Ahad, pengarah urusan Chris Woodroofe memberitahu BBC News bahawa "kerosakan pada kabel telah menyebabkan lonjakan kuasa yang menjejaskan sistem keselamatan dan pemeriksaan bagasi."
Beliau turut memberi jaminan siasatan terhadap apa yang berlaku akan dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#sistem keselamatan
#pemeriksaan bagasi
#bekalan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan