INTERNATIONAL
"Orang gila sahaja akan terima AS sebagai pengantara" - Mahmoud Abbas

Presiden Palestin Mahmoud Abbas secara rasmi isytihar tidak lagi terima Amerika Syarikat sebagai pengantara bagi rundingan damai Asia Barat - REUTERS
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas secara rasmi mengisytihar tidak lagi menerima Amerika Syarikat sebagai pengantara bagi rundingan damai Palestin-Israel.
Tegas Mahmoud, AS tidak lagi relevan memainkan peranan sebagai pengantara susulan tindakan negara itu mengiktiraf Baitulmaqdis selaku ibu negara Israel.
"Hanya orang tidak siuman sahaja akan menerima Amerika Syarikat sebagai pengantara rundingan damai selepas pengumuman Trump, dua minggu lalu," tegas Mahmoud selepas mesyuarat dengan pegawai kanan Palestin di Tebing Barat.
Pengumuman ini juga dibuat selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto ke atas draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi membatalkan status Baitulmaqdis selaku ibu negara Israel.
Rundingan damai Palestin-Israel yang ditaja Amerika Syarikat tertangguh sejak sekian lama susulan isu tertunggak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami