BANGKOK: Gara-gara bermain pisau baharu dibeli, seorang remaja berusia 17 tahun secara tidak sengaja menikam kawan baik sehingga mati di sebuah taman awam di wilayah Nong Bua Lamphu, Thailand, lapor Thaiger.
Semasa insiden, Ton dan rakannya itu dikatakan berlawan olok-olok antara satu sama lain sebelum pisau dipegang tiba-tiba tersasar dan terkena leher mangsa.
Ton yang tidak sedarkan diri di lokasi kejadian dikejarkan ke hospital dan doktor melakukan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR), gagal menyelamatkannya.
Sementara itu, Hospital Nong Bua Lamphu melaporkan mangsa mengalami luka akibat tikaman di leher dalam kejadian pada jam 7.30 petang, Ahad lalu.
Polis yang tiba di hospital dan bertemu rakan-rakan Ton di luar bilik kecemasan berjaya menahan suspek dikenali sebagai Thanate dan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Menurut laporan polis, mangsa dan suspek sedang bergurau sesama sendiri dengan pisau baharu yang dibeli sebelum salah satu senjata tajam seorang daripada mereka terkena leher mangsa dan mengakibatkan kecederaan parah.
Sorang jiran memberitahu Channel 3 bahawa kehidupan Ton sangat sukar. Sejak kecil, ayahnya meninggalkan mereka sekeluarga sejak dia berusia tiga tahun manakala ibunya mengalami masalah mental.
Dalam kejadian berkaitan pada tiga minggu lalu, seorang budak lelaki berusia 13 tahun ditikam mati oleh rakan baik yang menunjukkan pedang baharunya.
Punca tikaman sama seperti kes Ton apabila senjata itu terlepas dari sarung dan menikam dada mangsa. - Agensi
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 27 2023
Mangsa mengalami luka akibat tikaman di leher dalam kejadian pada jam 7.30 petang, Ahad lalu. - Foto Agensi
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Padah bermain lawan olok-olok, remaja tertikam rakan sendiri
Seorang remaja berusia 17 tahun secara tidak sengaja menikam kawan baik sehingga mati di sebuah taman awam.