awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah telan lintah bulan, remaja lelaki mati selepas menderita koma 420 hari

Agensi
Agensi
05/11/2018
11:37 MYT
Padah telan lintah bulan, remaja lelaki mati selepas menderita koma 420 hari
Ballard disahkan menghidapi jangkitan eosinophilic meningo-encephalitis yang mengakibatkan beliau berada dalam keadaan koma selama 420 hari. - Gambar fail
SIAPA sangka selepas menyahut cabaran daripada rakan-rakan, seorang remaja dari Australia menderita lebih setahun sebelum meninggal dunia minggu lalu.
Remaja itu, Sam Ballard cuba berlagak 'macho' dengan melakukan sesuatu tidak disangka yang merubah hidupnya buat selama-lamanya dalam kejadian lapan tahun lalu.
Ballard, 19 tahun, sedang berehat bersama kawan-kawannya di kediamannya, sebelum dicabar untuk menelan seekor lintah di lamannya.
Beberapa hari selepas itu, Ballard mula merasai sakit yang melampau di bahagian kakinya, lapor portal berita news.com.au.
Pada mulanya, ibu Ballard menyangka anaknya menghidap multiple sclerosis (MS), jangkitan yang dihidapi bapanya.
Namun selepas melakukan pemeriksaan, doktor menyangkal sangkaan ibu Ballard.
Hari-hari yang berikutnya, kesihatan Ballard mulai merosot.
Tidak mampu bergerak akibat lumpuh, Ballard sukar menjalankan rutin harian apatah lagi untuk ke tandas.
Ballard mula merasakan kesakitan yang dialaminya berpunca daripada tindakannya memakan lintah bulan.
Ibunya walau bagaimanapun berkeras dan menafikannya.
Akhirnya, doktor yang merawatnya mengesahkan Ballard dijangkiti penyakit bawaan cacing peparu tikus, sejenis parasit dijumpai dalam tikus atau tahi tikus.
Ballard kemudiannya disahkan menghidap jangkitan eosinophilic meningo-encephalitis yang mengakibatkan beliau berada dalam keadaan koma selama 420 hari.
Hanya selepas beliau sedar dari keadaan koma, doktor mengesahkan prognosis Ballard.
Minggu lalu, lebih lapan tahun menderita, Ballard meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Australia
#jangkitan kuman
#kesihatan
#meninggal dunia
#multiple sclerosis
#Sam Ballard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan