INTERNATIONAL
Pakistan ambil langkah bertahan, namun sedia bertindak jika diceroboh - Menteri Kabinet

Bilal Azhar Kayani (foto) menegaskan bahawa Pakistan telah menunjukkan sikap bertahan dalam konflik dengan India. -Gambar fail/Facebook
ISLAMABAD: Menteri Kabinet Pakistan, Bilal Azhar Kayani, menegaskan bahawa negaranya telah menunjukkan sikap bertahan dalam konflik yang semakin meruncing dengan India.
Ringkasan AI
- Bilal Azhar Kayani menegaskan bahawa Pakistan telah menunjukkan sikap bertahan dalam konflik dengan India.
- Beliau berharap India menyedari bahawa Pakistan mempunyai hak untuk mempertahankan diri.
- Bilal Azhar Kayani juga menekankan bahawa angkatan tentera Pakistan bersedia memberikan tindak balas yang setimpal sekiranya berlaku sebarang bentuk pencerobohan.
India menyalahkan Pakistan atas kejadian itu dan mengambil beberapa tindakan diplomatik termasuk menggantung Perjanjian Air Indus serta menutup sempadan Wagah-Attari.
Pakistan, dalam responsnya, turut mengambil langkah balas seperti menutup ruang udara kepada pesawat India dan menggantung perdagangan.
Dalam satu sesi taklimat tertutup kepada pemimpin politik, Ketua Pengarah Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), Leftenan Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry, menegaskan bahawa angkatan tentera Pakistan bersedia memberikan tindak balas yang setimpal sekiranya berlaku sebarang bentuk pencerobohan.
"Pakistan adalah negara yang cintakan keamanan dan mahukan kestabilan serantau. Namun, jika pencerobohan dikenakan ke atas kami, angkatan tentera bersedia untuk bertindak," katanya.
Bilal Azhar Kayani turut menyatakan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Perintah Nasional, badan yang bertanggungjawab terhadap keputusan operasi senjata nuklear, masih belum dipanggil tetapi tidak menolak kemungkinan ia akan diadakan jika keadaan memerlukan.
"Ia adalah satu pilihan yang masih ada pada Perdana Menteri, tetapi setakat ini belum dipanggil," jelasnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif turut mengeluarkan kenyataan tegas berhubung tindakan India.
Dalam ucapan kepada negara, beliau menyifatkan serangan India sebagai satu pelanggaran kedaulatan negara dan tindak balas Pakistan adalah setimpal.
Dalam perkembangan lain, beberapa pemimpin politik Pakistan menyatakan sokongan penuh terhadap angkatan tentera dan menyeru kepada perpaduan nasional dalam menghadapi ancaman luar.
Menteri Maklumat, Attaullah Tarar, menekankan usaha diplomatik Pakistan dalam menangani konflik dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk memainkan peranan dalam meredakan ketegangan.
Walaupun kedua-dua negara memiliki senjata nuklear, tiada petunjuk serangan nuklear akan berlaku dalam masa terdekat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami