awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan berdepan gelombang kelima COVID-19

Bernama
Bernama
03/01/2022
07:56 MYT
Pakistan berdepan gelombang kelima COVID-19
Negara Asia Selatan itu melaporkan lebih 500 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lepas, selama empat hari berturut-turut. - Foto AP
KARACHI: Pakistan berdepan gelombang kelima COVID-19 di tengah-tengah peningkatan kes di seluruh negara, kata seorang pegawai kanan negara itu pada Ahad.
Menteri Perancangan Asad Umar, yang juga ketua strategi anti-virus negara, berkata terdapat bukti jelas bahawa gelombang kelima COVID-19 "kini bermula", lapor Agensi Anadolu.
"Bukti jelas menunjukkan satu lagi gelombang COVID-19 telah bermula, dan telah diijangka sejak beberapa minggu lepas," menurut Umar menerusi ciapan Twitter, sambil menambah bahawa penjujukan genom menunjukkan peningkatan terhadap kes melibatkan varian Omicron, terutamanya di Karachi, bandar terbesar di negara itu.
"Ingat: memakai pelitup muka adalah perlindungan terbaik anda," kata beliau.
Negara Asia Selatan itu melaporkan lebih 500 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lepas, selama empat hari berturut-turut, menurut Kementerian Kesihatan pada Ahad.
Dengan 594 jangkitan baharu, kes keseluruhan kini mencecah 1,296,527 dengan kadar jangkitan meningkat daripada 0.6 peratus kepada 1.3 peratus.
Negara itu setakat ini melaporkan 28,941 kematian berkaitan COVID-19.
Menurut Umar, kira-kira 70 juta daripada 210 juta rakyatnya telah lengkap divaksin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Pakistan
#gelombang kelima
#Islamabad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan