awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin ancaman keselamatan Israel, Hamas kena tunduk syarat Trump – Netanyahu

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2025
02:50 MYT
Palestin ancaman keselamatan Israel, Hamas kena tunduk syarat Trump – Netanyahu
Netanyahu (kiri) dan Trump pada sidang media di White House, Washington, pada Isnin. - Gambar Reuters.
WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak sebarang bentuk cadangan untuk menubuhkan negara Palestin.
Netanyahu berkata demikian susulan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di sini pada 29 September sambil menegaskan kewujudan Palestin merupakan ancaman terbesar kepada Israel, lapor Reuters.
“Sudah tentu tidak, ia tidak ditulis dalam perjanjian, tetapi satu perkara, kami telah nyatakan bahawa kami akan menentang dengan tegas penubuhan sebuah negara Palestin.
“Satu ancaman besar keganasan dan bahaya kepada negara Israel dan sememangnya, kami tidak akan menerimanya,” katanya kepada pemberita.
Beliau yang juga bekas ahli pasukan elit Pasukan Pertahanan Israel (IDF) turut menggesa pasukan pertahanan di wilayah Gaza iaitu Hamas untuk menerima syarat yang telah ditetapkan oleh Trump.
Trump menetapkan syarat Hamas mesti membebaskan semua tebusan, melucutkan senjata dan berundur dari Gaza.
Gaza juga bakal ditadbir badan antarabangsa, sementara AS janji sokongan penuh kepada Israel jika Hamas enggan patuhi pelan damai.
“Kini seluruh dunia, termasuk dunia Arab dan umat Islam, memberi tekanan kepada Hamas, terimalah syarat yang telah kita tetapkan bersama Presiden Trump untuk membebaskan semua tebusan kita, sama ada yang masih hidup atau yang telah mati.
Malah Netanyahu juga enggan menerima sebarang syarat yang dikemukakan oleh sebahagian pemimpin dunia agar Israel beserta konco-konconya berundur dari wilayah Gaza selepas serangan yang berterusan sejak 7 Oktober 2023.
“Mereka terus berkata, ‘Kamu mesti menerima syarat Hamas. Keluarkan semua tentera. IDF mesti berundur, dan Hamas boleh pulih malah membina semula.’ Tidak sama sekali, itu tidak akan berlaku,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Amerika Syarikat
#Gaza
#Hamas
#Gencatan senjata Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami