awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin gesa ICC keluar waran tangkap ke atas menteri Israel Smotrich

Bernama
Bernama
08/08/2024
15:30 MYT
Palestin gesa ICC keluar waran tangkap ke atas menteri Israel Smotrich
Palestin pada Khamis menggesa ICC agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich (foto) susulan kenyataannya untuk membiarkan dua juta penduduk di Semenanjung Gaza maut akibat kebuluran. - Gambar fail/REUTERS
ANKARA: Palestin pada Khamis menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich susulan kenyataannya untuk membiarkan dua juta penduduk di Semenanjung Gaza maut akibat kebuluran, lapor Agensi Anadolu.
"Ini adalah pengakuan jelas tentang mengamalkan dan membanggakan dasar genosid," kata Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan.
Smotrich pada Isnin berkata membiarkan dua juta orang di Gaza mati kelaparan mungkin "wajar dan bermoral."
Kementerian Luar Palestin mengecam gesaan menteri Israel itu sebagai "pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan prinsip asas kemanusiaan, cabaran jelas kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), serta langsung tidak mengendahkan keputusan legitimasi antarabangsa dan konsensus antarabangsa untuk melindungi orang awam dan menjamin keperluan asas kemanusiaan mereka."
Kementerian itu turut menggesa ICC untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas Smotrich kerana menyokong hukuman kolektif terhadap orang awam Palestin.
Februari lepas, Amnesty International berkata bahawa Israel mengingkari keputusan ICJ untuk mencegah genosid dengan gagal membenarkan bantuan kemanusiaan yang mencukupi sampai ke Gaza.
Israel telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023, menyebabkan seluruh penduduk wilayah itu berada di ambang kebuluran.
Hampir 40,000 penduduk Palestin telah terbunuh sejak itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 91,600 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#ICC
#waran tangkap
#menteri Israel
#Bezalel Smotrich
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan