awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin gesa UNSC sokong gencatan senjata serta-merta di Gaza

Bernama
Bernama
08/12/2023
14:42 MYT
Palestin gesa UNSC sokong gencatan senjata serta-merta di Gaza
Sudah tiba masanya menerima pakai resolusi itu bagi menghentikan perang pembunuhan beramai-ramai yang berterusan ke atas rakyat Palestin. - AP
RAMALLAH: Palestin menggesa semua ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengundi menyokong resolusi menuntut gencatan senjata serta-merta dan melindungi orang awam di Gaza, berdasarkan Artikel 99 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut Palestin sudah tiba masanya untuk menerima pakai resolusi itu bagi menghentikan perang pembunuhan beramai-ramai yang berterusan ke atas rakyat Palestin oleh tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, lapor WAFA.
Bantuan kemanusiaan tanpa halangan perlu dilaksanakan segera dan sekatan yang disengajakan oleh rejim Israel telah mengakibatkan situasi bertambah buruk khususnya di Semenanjung Gaza.
Palestin juga menggesa UNSC menghantar delegasi untuk menilai malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza bagi melihat sendiri korban yang disebabkan kekejaman Israel.
UNSC akan bermesyuarat pada Jumaat untuk membincangkan gencatan senjata di Gaza berdasarkan mandat Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengikut Artikel 99.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#gencatan senjata
#UNSC
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan