awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek kes pukul pekerja restoran makanan segera akan didakwa Khamis depan
[TERKINI] "Tiada usaha sabotaj, khianat dalam Kerajaan MADANI" - PM Anwar
Permohonan kuota penggajian pekerja asing mulai 19 Januari - KDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin, Israel setuju wujud mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2023
23:45 MYT
Palestin, Israel setuju wujud mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan
Masjid al-Aqsa Baitulmaqdis merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam. - Foto fail/REUTERS
ISRAEL dan Palestin bersetuju untuk mewujudkan mekanisme membendung keganasan dan hasutan serta menghalang sebarang tindakan gangguan di tapak suci Baitulmaqdis apabila Ramadan bermula akhir minggu ini.
Persetujuan dicapai dalam satu rundingan di Mesir yang dihadiri pegawai Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Jordan pada Ahad.
Palestin dan Israel turut mengesahkan semula komitmen yang dibuat pada mesyuarat di Aqaba bulan lepas termasuk ikrar Israel menghentikan perbincangan mengenai penempatan baharu selama empat tahun.
Sepanjang tahun lalu, tentera Israel telah melakukan beribu-ribu tangkapan di Tebing Barat dan membunuh lebih 200 rakyat Palestin manakala lebih 40 warga Israel dan tiga warga Ukraine telah mati dalam serangan Palestin.
Tebing Barat yang diduduki Israel telah menyaksikan lonjakan konfrontasi dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan serbuan tentera Israel hampir setiap hari dan keganasan yang semakin meningkat oleh peneroka Yahudi.
Pada tahun-tahun sebelumnya, Ramadan menyaksikan pertempuran antara polis Israel dan rakyat Palestin terutamanya di sekitar perkarangan Masjid al-Aqsa Baitulmaqdis, tapak ketiga paling suci bagi umat Islam.
Topic Berkaitan
#Ramadan
#membendung keganasan
#Baitulmaqdis
#persetujuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan