awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kertas siasatan anggota polis pukul pemuda diserah kepada Pejabat Peguam Negara
Finas salur RM1.51 juta insentif tayangan kepada 27 filem
[TERKINI] "Kerajaan tegas perangi rasuah, tanpa pilih kasih" – PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] "Tiada usaha sabotaj, khianat dalam Kerajaan MADANI" - PM Anwar

Seth Akmal
Seth Akmal
30/12/2025
08:36 MYT
[TERKINI] "Tiada usaha sabotaj, khianat dalam Kerajaan MADANI" - PM Anwar
Perdana Menteri turut menyatakan penghargaan di atas muafakat yang ditonjolkan oleh parti-parti politik yang beliau sifatkan lebih ikhlas. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tidak ada sebarang usaha sabotaj atau khianat berlaku dalam kalangan parti-parti politik dalam Kerajaan MADANI.
Perdana Menteri turut menyatakan penghargaan di atas muafakat yang ditonjolkan oleh parti-parti politik yang beliau sifatkan lebih ikhlas berbanding keadaan yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan lain.
“Saya bersyukur kerana muafakat Kerajaan Perpaduan MADANI itu lebih mantap, lebih ikhlas dan tidak ada usaha sabotaj, kianat seperti yang berlaku di kalangan rakan-rakan lain,” katanya semasa sidang media di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
[TERKINI] Sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tanpa menyatakan mana-mana pihak, difahamkan Anwar mengulas mengenai polemik politik yang berlaku di Perlis yang melibatkan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Polemik berkenaan dikatakan telah mengakibatkan beberapa pemimpin utama Bersatu, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Setiausaha Agung serta beberapa pengerusi di peringkat negeri, meletakkan jawatan masing-masing dalam Perikatan Nasional (PN).
Sebelum ini beberapa pemimpin Pas telah menegur sikap Bersatu yang enggan mengambil tindakan ke atas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa menghantar Akuan Berkanun (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk menggantikan Shukri selaku Menteri Besar.




Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Madani
#Perdana Menteri
#unsur sabotaj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan