RAMALLAH (Palestin): Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperingati Hari Nakba buat kali pertama pada tahun ini, menandakan pengisytiharan negara haram Israel dalam sejarah Palestin, lapor Agensi Anadolu.
"Memperingati Peristiwa Nakba menjadi keutamaan kami dalam mengekalkan naratif bumi Palestin, yang mesti kami patuhi dan sampaikan kepada seluruh dunia," agensi berita WAFA Palestin memetik Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Abbas menggesa semua rakyat Palestin walau di mana sahaja mereka berada untuk memperingati tragedi Palestin 1948 "dalam menghadapi semua pembohongan dan naratif palsu yang cuba memesongkan sejarah dan fakta."
Hari Nakba pada 15 Mei adalah untuk mengingati pengusiran ratusan ribu rakyat Palestin dari kediaman dan tanah air mereka pada 1948 selepas penubuhan Israel.
"Apa yang rakyat Palestin perlu lakukan adalah untuk memperingati tragedi ini, kerana ia adalah kali pertama masyarakat global tidak menafikan Nakba," kata Abbas.
"Pada hari-hari yang penuh keberkatan ini, kami menyeru semua rakyat untuk bersama-sama menghadapi cabaran di tanah air kita dan menumpukan perhatian ke arah menghadapi pendudukan dan menyingkirkannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
Semua rakyat Palestin diminta memperingati tragedi Palestin 1948 "dalam menghadapi semua pembohongan dan naratif palsu yang cuba memesongkan sejarah dan fakta." - Gambar fail/ Reuters
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Presiden Palestin desak PBB gantung keahlian Israel
Mahmoud mempersoalkan mengapa lebih 1,000 resolusi diluluskan mengenai Palestin tidak pernah dilaksanakan.
Palestin: PBB memperingati Hari Nakba buat kali pertama tahun ini
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperingati Hari Nakba buat kali pertama pada tahun ini, menandakan pengisytiharan negara haram Israel dalam sejarah Palestin, lapor Agensi Anadolu.
Lebih 70 tahun derita rakyat Palestin tidak berkesudahan, masihkah dunia berdiam diri?
Pelbagai konflik, perang demi perang berlaku dan menyaksikan ribuan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua yang kehilangan nyawa.