Panama Papers: PM Britain David Cameron didakwa sudah hilang kepercayaan

Agensi
April 9, 2016 01:59 MYT
Pada Jumaat, David Cameron mengakui memiliki kepentingan bernilai 30,000 pound dalam dana luar pesisir yang diasaskan bapanya. - Gambar fail
Sehari selepas mengakui memiliki kepentingan dalam dana luar pesisir yang diasaskan bapanya, perdana menteri Britain, David Cameron didakwa sudah hilang kepercayaan daripada rakyat.
Dakwaan itu dinyatakan pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn atas alasan pengakuan Cameron sebelum ini menimbulkan persoalan berhubung isu intergriti.
Pendedahan Cameron juga menurut Corbyn menimbulkan salah tanggapan kalangan umum.
Ini kerana Cameron mengambil masa lima hari untuk mengakui beliau mendapat manfaat daripada akaun luar pesisir.
BACA: 5 perkara anda perlu tahu tentang Panama Papers
BACA: Panama Papers: Singapura, Indonesia akan jalankan siasatan
BACA: Panama Papers: 'Tiada lagi hubungan dengan dua syarikat itu' - Nazifuddin Najib
Sehubungan itu, Corbyn menuntut Cameron mendedahkan semua urusan kewangan peribadinya di Parlimen negara itu.
Selain kecaman daripada Corbyn, desakan supaya Cameron meletak jawatan turut dinyatakan beberapa pemimpin Parti Buruh lain.
Kabinet Britain turut dituntut menerbitkan penyata cukai masing-masing atas soal ketelusan.
Pada Jumaat, David Cameron mengakui memiliki kepentingan bernilai 30,000 pound sterling atau kira-kira RM166,539 ringgit dalam dana luar pesisir yang diasaskan bapanya.
Pengakuan dibuat ketika sesi temu bual di saluran televisyen ITV
Cameron mengakui menjual pegangan saham amanah itu pada 2010, empat bulan sebelum dilantik menjadi perdana menteri.
#David Cameron #Jeremy Corbyn #Panama Papers