SINGAPURA akan menjalankan siasatan sekiranya terdapat mana-mana individu atau entiti di republik itu yang dinamakan dalam dokumen yang dbocorkan dari firma undang-undang Panama.
Dalam satu kenyataan bersama, Kementerian Kewangan dan Penguasa Kewangan Singapura berkata, mereka sedang meneliti maklumat yang dibocorkan itu, lapor akhbar Straits Times.
“Jika terdapat bukti salah laku daripada mana-mana individu atau entity di Singapura, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,” ujar agensi-agensi itu.
Pada Ahad sebuah kumpulan gabungan media antarabangsa menerbitkan hasil siasatan yang mendedahkan aktiviti kewangan luar pesisir golongan elit dunia.
Organisasi itu, yang digelar Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ), telah mendedahkan 11.5 juta rekod kewangan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan serta pemimpin dunia.
Organisasi yang berpangkalan di Washington itu berkata data diperolehi dari sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca.
Elak cukai
Sementara itu, pemerintah INDONESIA turut mengambil tindakan berikutan perkembangan tersebut.
Pihak berkuasa negara itu akan menjalankan siasatan terhadap kes menghindari cukai jika benar ia melibatkan ribuan warga Indonesia yang menggunakan syarikat di luar pesisir untuk menyembunyikan kekayaan mereka.
The Jakarta Post melaporkan, Ketua Pengarah Bahagian Cukai Kementerian Kewangan Indonesia, Ken Dwijugiasteadi, berkata pejabat percukaian akan menilai borang cukai individu berdasarkan pangkalan data yang dibocorkan ICIJ.
Dalam pulangan carian data ICIJ, terdapat 2,961 nama individu dan perusahaan disenaraikan apabila kata kunci "Indonesia" dimasukkan, selain 2,400 alamat yang tercatat di negara itu.
Portal berita Kompas.com melaporkan, antara ribuan nama yang ditunjukkan, ada banyak nama yang dikenali ramai.
Pada Selasa, Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson mengumumkan meletakkan jawatan di tengah-tengah skandal Panama Papers.
Tindakan Gunnlaugsson dilihat sebagai mangsa pertama yang menerima akibat dari pendedahan dokumen kewangan tersebut.
Astro Awani
Wed Apr 06 2016
Singapura dan Indonesia masing-masing sedia menjalankan siasatan berkenaan pendedahan Panama Papers. - Foto AFP
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup bernilai RM7.92 juta
Kastam Pulau Pinang merampas sembilan juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai.
Rosmah mohon batal 17 pertuduhan elak cukai, pengubahan wang haram
Rosmah memfailkan notis semalam, memohon dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 4 Okt 2020.
Rosmah ke perbicaraan hari pertama kes pengubahan wang haram, elak cukai esok
Perbicaraan hari pertama kes pengubahan wang haram lebih RM7 juta dan pengelakan cukai, membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.
Kerajaan cadang perkenal e-invois tahun depan, pastikan tiada pihak elak cukai
Penggunaan kaedah invois elektronik (e-invois) mampu memacu pendapatan negara dengan lebih positif, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Kastam Pahang patah sindiket penyeludupan rokok Pantai Timur, rampasan bernilai RM1.55 juta
Hasil maklumat daripada orang awam, telah menemukan sebuah lori yang ditinggalkan di sebuah stesen minyak di Kampung Anak Ikan, Jerteh, Terengganu pada jam 6.30 pagi.
Shahrir tidak isytihar pendapatan lebih RM1 juta pada 2013 hingga 2018 - Pegawai LHDN
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad tidak pernah mengisytiharkan pendapatan melebihi RM1 juta bagi tahun taksiran 2013 hingga 2018 kepada LHDN.
Rom: Suami isteri tanam wang tunai 8 juta euro, elak bayar cukai
Sepasang suami isteri mengaku mengelak membayar cukai selepas wang tunai berjumlah lapan juta euro dijumpai ditanam di tanah persendirian milik mereka.
Rayuan Rosmah supaya hakim kes pengubahan wang haram tarik diri didengar 22 Nov
Rosmah merayu terhadap dua keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang menolak permohonannya bagi beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.
EU perkenal RUU baharu tangani elak cukai
EU perkenal RUU baharu tangani tindakan elak cukai susulan pendedahan Pandora Papers.
Bicara kes pengubahan wang, elak cukai Rosmah Mansor bermula November
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).