PERJANJIAN Wesphalia 1648 adalah pemangkin kepada kelahiran sistem negara bangsa di dalam politik antarabangsa setelah sekian lama sistem politik antarabangsa diwarnai dengan kehadiran empayar dan negara kota.
Kelahiran negara-negara bangsa ini rentetan daripada peperangan selama 30 tahun yang berlaku di rantau Eropah pada ketika itu sehingga idea kewujudan negara bangsa ini diterima pakai oleh seluruh masyarakat di dunia.
Maka dengan kelahiran sistem negara bangsa di dalam politik antarabangsa menjadikan secara idealistiknya setiap negara didiami oleh satu bangsa yang sama.
Walau bagaimanapun, praktikalnya pada masa kini, tiada sebuah negara di dalam sistem antarabangsa yang hanya mempunyai bangsa yang sama bagi sesebuah negara kerana terdapatnya migrasi masyarakat yang berlainan bangsa dan keturunan ke sesebuah wilayah itu atas kepentingan ekonomi mahupun politik.
Begitu juga dengan Indonesia. Sekalipun mereka menggelarkan diri mereka sebagai “Bangsa Indonesia”, namun realitinya Indonesia terbahagi kepada dua kumpulan linguistik iaitu Austronesia dan Melanesia.
Wilayah Austronesia terbahagi kepada Sumatera, Jawa, Kalimantan, Kepulauan Nusa Tenggara, Sulawesi dan Maluku, manakala Papua adalah sebuah wilayah yang secara linguistiknya di dalam rumpun Melanesia.
Rantau kepulauan Nusantara secara khususnya adalah sebuah rantau milik bangsa Melayu-Polinesia sehingga ianya dipisahkan dengan sempadan politik moden seperti mana yang dilihat pada hari ini.
Wilayah kerajaan Melayu menganjur dari perbatasan Tanah Sari di utara sehingga ke titik paling selatan Semenenajung Tanah Melayu, kepulauan Filipina, kepulauan Indonesia dan membawa sehingga jauh ke Madagascar juga adalah sebahagian dari alam Melayu, namun perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 telah menggariskan sempadan di bawah penguasaan British dan Belanda ini terpisah buat selamanya, selain berbagai perjanjian lain yang telah memisahkan wilayah-wilayah kerajaan Melayu lama seperti Champa, Pattani, Satun sehingga ke Ranong selain seluruh kepulauan Filipina menjadi negara yang berasingan.
Penjajahan juga membawa suatu dimensi baharu dalam pembentukan negara bangsa moden apabila wilayah yang membentuk negara masa kini adalah hasil dari sempadan penjajahan antara kuasa-kuasa kolonial terdahulu.
Seperti mana wilayah Papua atau dikenali sebagai Irian Jaya pada ketika era pemerintahan Suharto, wilayah tersebut secara linguistik dan ras adalah tidak termasuk di dalam rumpun kepulauan Melayu, namun garis sempadan penjajahan antara wilayah kekuasaan Belanda di Barat Kepulauan Papua dan Inggeris di Timur Kepulauan Papua menjadikan kepulauan tersebut terbahagi kepada dua wilayah yang berbeza sama ada ketika era kolonial sehingga kini.
Wilayah timur kepulauan Papua membentuk sebuah negara bangsa yang bernama Papua New Guiney setelah mendapat kemerdekaan dari Inggeris, manakala wilayah di Barat kepulauan Papua setelah berada di bawah penguasaan Belanda, telah menyertai Indonesia sebagai salah sebuah provinsi di dalam republik tersebut.
Gerakan separatis di Papua melalui Organisasi Papua Merdeka (OPM) telah dilancarkan lama dahulu bagi mencapai sebuah negara Papua yang merdeka daripada Republik Indonesia.
Hal ini didasari oleh perasaan tidak puas hati masyarakat di wilayah tersebut yang mendakwa bahawa mereka telah didiskriminasikan oleh pemerintah Indonesia selain tidak diberikan layanan sama rata seperti mana wilayah-wilayah lain di Indonesia.
Segelintir masyarakat di Papua juga menggunakan alasan perbezaan bahasa dan rumpun bangsa dengan Indonesia sebagai sebab utama mereka ingin keluar dari Negara Kesatuan Republik Indonesia.
OPM, sebagai sebuah badan kumpulan pemisah atau separatis mendakwa bahawa Jakarta telah memanipulasi sumber alam yang banyak di wilayah Papua namun rakyat di wilayah tersebut tidak menikmati hasil kekayaan yang terdapat di wilayah Papua yang merangkumi dua provinsi iaitu Papua dan Papua Barat.
Kini,gerakan tersebut semakin rancak beroperasi sebagai reaksi akibat segelintir tindakan provokatif dan diskriminasi terhadap mahasiswa yang berasal dari Papua di Pulau Jawa.
Gerakan separatis ini bukan sahaja berlaku di Indonesia, malahan berlaku juga di seluruh dunia.
Ada gerakan yang berjaya seperti di Sudan, Yugoslavia seperti Bosnia Hezergovina, Croatia, Serbia, Montenegro, Macedonia dan Slovenia, Negara-negara bekas Kesatuan Soviet merangkumi Kazakhstan, Tajikistan, Uzbekistan, Kyrgiztan, Turkmenistan, Ukraine, Latvia, Estonia, Azerbaijan, Lithuania, Belarus, Moldova, Armenia dan Georgia, Timor Leste, manakala ada juga yang tidak seperti Gerakan Acheh Merdeka, penentangan etnik Uighur di China, Tibet, Crimea dan banyak lagi.
Gerakan separatis yangi tidak menemui kejayaan adalah bergantung kepada pelbagai faktor seperti ditekan oleh pihak pemerintah, tewas dalam perjuangan mahupun berkompromi dengan pihak pemerintah.
Kemunculan negara baharu di dalam struktur antarabangsa menghadirkan kesan yang bukan kepalang, apatah lagi sekiranya kedudukan geografi dan sumber alam yang banyak di negara baharu tersebut diketahui umum yang akan dilihat melalui pengaruh geosrategik antarabangsa terutamanya kuasa-kuasa besar dunia yang sentiasa “rakus” menjarah hasil mahsul negara lain melalui pelbagai strategi jahat mereka.
Negara-negara kuasa besar ini boleh diibaratkan sebagai homo homini lupus seperti yang dikatakan oleh Thomas Hobbes.
Pro dan kontra kejayaan sesebuah wilayah itu merdeka dari negara lain dapat dibuktikan melalui salah satu indikator kejayaan, iaitu etnik-etnik atau kaum majoriti di wilayah-wilayah tersebut mampu menjadikan identiti sesebuah etnik atau kaum tersebut sebagai identiti nasional negara-negara tersebut.
Hal ini kerana, mereka adalah etnik atau kaum majoriti di wilayah yang telah bebas dari sesebuah negara yang didominasi oleh etnik atau kaum yang lain.
Sekiranya OPM berjaya membawa Papua keluar dari Indonesia, maka ia akan membawa sebuah naratif yang kurang baik bagi sebuah Negara Indonesia berdaulat.
Ini kerana, Indonesia telah melepaskan kedaulatannya terhadap Timor Leste dan kini mungkin Papua pula yang akan menyusul.
Maka secara tidak langsung, kegagalan Jakarta akan menjadi pemangkin kepada beberapa buah wilayah lain untuk cuba membebaskan diri dengan pelbagai alasan.
Apatah lagi “Jawa centric” seakan menjadi sebuah kisah dongeng yang menghantui segelintir masyarakat bukan Jawa di Indonesia kerana imej Indonesia secara kasarnya didominasi oleh etnik Jawa.
Bhumika Tunggal Ika yang menjadi cogan kata Indonesia membawa maksud kepelbagaian di dalam kesatuan mungkin hanya sekadar cogan kata semata-mata sekiranya Papua terus menerus merasakan bahawa mereka menjadi mangsa prejudis dan diskriminasi atas dasar perbezaan ras dan identiti sepunya Indonesia.
Walaupun pada realitinya, kes-kes terpencil sahaja yang melibatkan kekerasan terhadap etnik dari wilayah Papua ini, namun sekiranya ia tidak ditangani dengan baik oleh pemerintah Indonesia, maka ia akan menjadi api yang membakar kesatuan republik tersebut.
Apa sahaja corak pemerintahan mahupun model pemerintahan sesebuah negara itu, ia tidak akan sesekali menjamin keutuhan dan keselamatan negara tersebut akan kekal selamanya.
Penulisan ini lebih memfokuskan cabaran domestik bagi sesebuah negara meneruskan kelangsungannya selain kemampuan Indonesia mempertahankan kedaulatannya ke atas Papua, yakni sebagai salah sebuah wilayah terkaya namun agak terpinggir di Indonesia.
Buat Papua, kemerdekaan bukan jaminan hidup anda akan lebih baik,kerana memetik kata-kata Pramoedya Ananta Toer di dalam bukunya Percikan Revolusi Subuh, bahawasanya kemerdekaan hanya alat belaka, ia bukan tujuan, dia hanya alat.
Ibarat pisau, dia boleh dipergunakan untuk membuat perkakas, boleh juga digunakan untuk membunuh orang dan membunuh dirinya sendiri.
Bisa juga dipakai untuk mempertahankan diri dari serangan musuh!
* Hisyam Basabah merupakan penulis bebas dan calon Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Etnik,
Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hisyam Basabah
Sat Oct 05 2019
Gerakan separatis yang tidak menemui kejayaan adalah bergantung kepada pelbagai faktor seperti ditekan oleh pihak pemerintah, tewas dalam perjuangan mahupun berkompromi dengan pihak pemerintah. (Foto AP)
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Ananda Krishnan, hartawan bijak, 'cap jari' di serata sudut
To make money, you have to find tomorrow's business, make tomorrow's money. Itu pegangan taikun perniagaan Ananda Krishnan yang dikenali sebagai seorang hartawan self-made yang tersohor.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.