AGAK ironis bahawa di bawah pentadbiran Benjamin Netanyahu, barangkali Perdana Menteri paling berhaluan kanan dan saling enggan berkompromi serta kontroversial (oleh kerana kes rasuahnya yang sedang berlangsung) selama ini, Israel kini menikmati sokongan kuat dan ikatan persahabatan dari pengkritik Arabnya yang sebelumnya merujuk kepada Arab Saudi dan sebahagian besar negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan pengecualian Qatar - penaja utama Hamas dan Gaza. Qatar telah menegaskan bahawa Israel sepatutnya berkomited terlebih dahulu terhadap Inisiatif Damai Arab (API) yang dijelmakan dalam penarikan penempatan dari Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur sebagai ibukota Negara Palestin (Dawlat Filastin), dan hak untuk kembali atau pemulangan pelarian.
Pada masa ini, di antara negara-negara Arab dan Muslim, Israel menikmati hubungan diplomatik penuh dengan Mesir dan Jordan. Turki menurunkan taraf hubungan bilateral pada tahun 2011 yang hanya dipulihkan pada 2016. Tetapi kedua-dua negara sekali lagi memutuskan hubungan diplomatik peringkat atasan pada bulan Mei 2018 sambil mengekalkan kedutaan masing-masing. Azerbaijan adalah negara Islam lain yang mempunyai hubungan diplomatik penuh dengan Israel.
Pada Disember 2020, Al-Jazeera melaporkan Turki berniat memperbaiki hubungan dua hala dengan Israel dan mencalonkan bekas lulusan Universiti Ibrani Baitulmaqdis dan pembela pro-Palestin sebagai duta besar. Namun, tiada tindak balas konkrit daripada Israel. Ini mungkin mencerminkan sikap angkuh Israel - yang berjaya memperolehi perjanjian normalisasi daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi.
Secara paradoks, hubungan luaran Israel terutama merujuk kepada negara tetangga terdekatnya (Arab/Islam) khususnya - dengan pengecualian Syria - adalah selamat sementara dalam negeri atau lebih baik lagi hubungannya dengan Negara Palestin tetap status quo ante (sama seperti sebelumnya).
Senario seperti itu juga boleh dinyatakan sebagai "paradoks keabsahan moral Israel" - kerana Negara Yahudi itu kini memperolehi keabsahan moral yang diidam-idamkan tetapi satu-satunya negara yang juga merupakan jiran terdekatnya terus ditindas dan dianiayai dan dinafikan kebebasan pergerakan orang dan barang sebagai hak asasi manusia - bertentangan dengan semua undang-undang dan norma moral antarabangsa.
Bak kata pepatah, "semakin banyak perubahan, semakin sama".
Netanyahu bukan sahaja berjaya mencapai kudeta diplomatik tetapi beliau berjaya "menceraikan" isu Palestin dari agenda Arab yang lebih luas, dengan mengeksploitasikan ancaman Iran didokong pentadbiran Trump bertindak sebagai pemangkin-fulkrum, "pemanis" dan "penjamin" perjanjian normalisasi.
Tetapi dengan Qatar sebagai pembiaya utama Hamas dan Wilayah Palestin di Gaza, Netanyahu pasti - atau paling tidak pun beliau seharusnya - menyedari bahawa sentimen kemenangan tidak tepat pada tempatnya dan pramatang.
Dengannya pilihan raya umum Israel yang akan datang bagi memilih anggota Knesset (Parlimen Israel) pada 23 Mac, Netanyahu kini berusaha berkomplot untuk tujuan lain - iaitu menang semula pilihanraya berlatarbelakangkan kes rasuahnya yang sedang berjalan (rasuah, penipuan dan pecah amanah). Beliau juga menggunakan perjanjian normalisasi dengan negara-negara Arab terpilih dalam usaha (sia-sia) untuk memenangi dan memperolehi undi Arab. Semua ini dengan tujuan utama bagi meyakinkan Parlimen (disebalik majoriti, tidak kurangnya) bila kembali berkuasa supaya diberikan kekebalan undang-undang dari tuduhan rasuahnya.
Kekosongan integriti moral ini tidak hanya terbatas pada watak politiknya.
Hanya beberapa minggu lalu, Israel telah menyekat penghantaran vaksin yang menuju ke Gaza. Apa sahaja alasan dari segi dasar (keselamatan, kedaulatan) Israel, sebagai negara yang mengekalkan bidangkuasa sepenuhnya terhadap hal-ehwal luaran dan bahkan dasar domestik seperti pengumpulan fiskal atau hasil and pembinaan penempatan, mempunyai tanggungjawab moral - bahkan - undang-undang ke atas Negara Palestin.
Hanya kerana cabaran undang-undang Netanyahu dipaksa menghentikan "rancangan kontroversial untuk mengirim lebihan vaksin coronavirus ke sekelompok negara sekutu ... [hampir dua minggu yang lalu]" (seperti yang dilaporkan di Al-Jazeera, 26 Februari, 2021). Dalam apa yang dapat dianggapkan sebagai bentuk penaakulan moral terpesong dari pihak Israel, hingga kini ia belum mengirimkan satu vaksin ke Tebing Barat dan Gaza yang menjadi tempat tinggal 5.2 juta penduduk Palestin.
Oleh itu, tidak mengejutkan apabila Menteri Luar Negara Palestin Riyad al-Maliki melabelkan pengiriman vaksin luar negeri Israel sebagai "pemerasan politik dan tindakan tidak bermoral" dan "eksploitasi keperluan kemanusiaan negara-negara tersebut".
Gaza hanya menerima penghantaran vaksin pertama pada 17 Februari terdiri dari 2,000 dos (Sputnik V) daripada Rusia sebagaimana diizinkan pihak berkuasa Israel untuk memasuki wilayah itu melalui Lintasan Kerem Shalom (sempadan Mesir-Gaza-Israel). Menurut jurucakap kementerian kesihatan Palestin Ashraf al-Qedra (seperti dilaporkan di agensi berita Perancis 24), Gaza mempunyai sekitar 12000 pekerja perubatan dan keutamaan adalah "menyuntik pesakit yang rentan, seperti pesakit dialisis dan pemindahan organ".
Barangkali, dengan atau tanpa Netanyahu kembali berkuasa, Israel mungkin masih mampu bergerak menuju normalisasi dengan Qatar - satu perkembangan merentasi jangkaan melalui kelonggaran and memudahkan beban sekatan di samping memberikan lebih ruang untuk peranan lebih besar dan lebih terserlah bagi penaja itu dalam pembangunan semula dan kemajuan Gaza. Pada 26 Februari, dilaporkan bahawa Qatar telah menjanjikan USD60 juta untuk pembinaan saluran paip gas asli dari Israel ke Gaza. Dengan cadangan itu, siapa yang memerlukan Deal of the Century (DOTC)? Bagaimanapun, DOTC sudah menjadi peninggalan sejarah sekarang.
Oleh itu, adakah Qatar akan menjadi kunci, antara lain, yang membolehkan Israel memperolehi apa yang diinginkan di kaca mata masyarakat antarabangsa, iaitu keabsahan moral terutama sekali di mata dunia Islam yang lebih luas?
Satu-satu isu dari dahulu, kini dan selalunya ialah penyelesaian dua-negara (two-state solution): Negara Palestin berjiran dan berkembang bersama-sama dengan Negara Israel.
Selagi penyelesaian dua-negara tetap menjadi harapan tidak tercapai, keabsahan moral Israel sebagai negara yang lahir daripada pemangsaan hanya satu kekosongan dan hakikatnya tidak harus "diarak" di hadapan dunia sesekali. Sekiranya Israel dapat "memutuskan" penyelesaian dua-negara dari perjanjian normalisasi, sepatutnya Holocaust juga boleh "dipisahkan" dari keabsahan moral Israel. Hakikatnya, ia harus dipisahkan kerana tingkahlaku dan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin sudah menjadi lebih buruk untuk beberapa dekad sekarang.
Baru-baru ini, Kamar Pra-Perbicaraan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam satu majoriti telah mengumumkan bahawa "bidangkuasa wilayah Mahkamah dalam Situasi di Palestin, sebuah negara anggota Statut ICC Rom, merangkumi wilayah diduduki Israel sejak tahun 1967, yakni Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur". Ini bererti bahawa ICC yang merupakan mahkamah antarabangsa bagi jenayah perang kini dapat secara muktamad memutuskan hal-ehwal kekejaman yang dilakukan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) atau anggota keselamatan di Palestin yang merupakan negara berdaulat yang dijajah dan pihak di bawah Statut Rom (sebagai perlembagaan ICC).
Kesimpulannya, gajah di dalam bilik - isu penyelesaian dua-negara yang masih belum ditangani terutama sekali di bawah Netanyahu - menunjukkan bahawa kejayaan dari perjanjian normalisasi itu hanya khayalan semata-mata. Keabsahan moral Israel hanya dapat diperolehi jika ia mengejar perdamaian dan normalisasi dengan Negara Palestin seperti yang dilakukan dengan negara-negara Arab terpilih.
* Jason Loh Seong Wei merupakan Ketua Bahagian Sosial, Perundangan dan Hak Asasi di EMIR Research
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Jason Loh Seong Wei
Fri Mar 12 2021
Hubungan luaran Israel terutama dengan negara tetangga terdekatnya, kecuali Syria, adalah selamat, sementara dalam negeri, atau dengan Palestin, tetap status quo ante. - Gambar hiasan
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Qatar nafi tarik diri jadi pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar menafikan laporan media yang mendakwa negara itu menarik diri sebagai pengantara dalam rundingan gencatan senjata Gaza.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Malaysia sokong keputusan Qatar selesai krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyokong penuh keputusan Qatar untuk mengutamakan penyelesaian krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza.
Shamsul Anuar wakil Malaysia di upacara pengebumian Ismail Haniyeh
Malaysia akan terus bersolidariti dengan ahli keluarga, kepimpinan dan rakyat Palestin.
Malaysia perlu contohi kecekapan Negara-Negara Teluk mudahkan perniagaan - Penganalisis
Malaysia perlu mencontohi amalan terbaik Negara-Negara Teluk dalam memudahkan urusan menjalankan perniagaan.
GCC kutuk pencerobohan berterusan Israel, gesa gencatan senjata
GCC juga menggesa gencatan senjata serta-merta dan kekal, menamatkan malapetaka kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza.
Mesir, Qatar terima maklum balas Hamas mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza
Mesir dan Qatar menerima maklum balas daripada Hamas dan Jihad Islam berhubung cadangan gencatan senjata serta pertukaran tawanan baru-baru ini.
Hamas hantar maklum balas kepada pelan gencatan senjata Gaza
Pengantara Mesir dan Qatar menerima maklum balas daripada Hamas dan PIJ kepada rancangan gencatan senjata Amerika Syarikat untuk Gaza.