Skip to main content

Dunia

Paris kenakan perintah berkurung malam ketiga berturut-turut di beberapa kawasan ibu kota

Seorang wanita berjalan melepasi sebuah bangunan yang diconteng grafiti selepas protes yang berlaku pada hujung minggu. - Foto AP
Seorang wanita berjalan melepasi sebuah bangunan yang diconteng grafiti selepas protes yang berlaku pada hujung minggu. - Foto AP

Advertisement

ISTANBUL: Polis Paris mengumumkan perintah berkurung di beberapa kawasan di ibu negara Perancis itu untuk malam ketiga berturut-turut pada Rabu, susulan keganasan dan penjarahan semasa perhimpunan di seluruh negara, lapor  Anadolu Ajansi.

Sekatan berkenaan melarang orang dewasa dan kanak-kanak daripada memasuki kawasan yang ditetapkan di sekitar Place de la Republique dan Les Halles bermula 11 malam Rabu hingga 6 pagi Khamis, kata Polis Wilayah Paris di platform media sosial X.

Dalam pengumuman berasingan, pihak berkuasa berkenaan memaklumkan perhimpunan dan demonstrasi akan dilarang di kawasan tertentu di Paris bermula 8 malam Rabu hingga 6 pagi Khamis.

Langkah-langkah itu diambil susulan arahan daripada Perdana Menteri Sebastien Lecornu dan Menteri Dalam Negeri Laurent Nunez untuk melindungi orang ramai dan harta benda daripada keganasan dan penjarahan berterusan, menurut pihak polis.

Perancis telah melaksanakan perintah berkurung secara tempatan di beberapa bandar berikutan rusuhan semasa protes pada 17 Okt menentang peningkatan kos sara hidup dan keadaan pendidikan yang semakin merosot.

Sekatan itu dibuat ketika pihak berkuasa membuat persiapan menghadapi demonstrasi "Yellow Vests" seterusnya pada Sabtu.

Lecornu berikrar untuk menempatkan anggota polis secara "besar-besaran", manakala Nunez berkata kawalan keselamatan akan disemak semula bagi meningkatkan mobiliti dan kecekapan tindak balas polis.

Penganjur Yellow Vests telah mengemukakan rancangan bagi perarakan dari Place de la Bastille ke Place de l’Opera di Paris pada Sabtu, walaupun pihak polis masih belum mengesahkan laluan berkenaan, menurut penyiar BFMTV.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement