awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPN susun lima kluster MADANI pacu agenda Negara Bangsa 2026
APG kembali dianjurkan di Nakhon Ratchasima selepas 18 tahun
Sri Lanka wajibkan kenaikan gaji minimum sektor swasta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Australia lulus undang-undang kawalan senjata, jenayah kebencian yang lebih ketat

Bernama
Bernama
20/01/2026
21:10 MYT
Parlimen Australia lulus undang-undang kawalan senjata, jenayah kebencian yang lebih ketat
Albanese berikrar untuk mengambil tindakan tegas bagi memperkukuh undang-undang senjata api selepas 15 orang maut ditembak dalam serangan di Pantai Bondi pada 14 Disember lepas. - Foto fail/REUTERS
CANBERRA: Parlimen Australia meluluskan undang-undang kawalan senjata api dan jenayah kebencian yang lebih ketat pada Selasa susulan insiden tembakan di Pantai Bondi semasa perayaan masyarakat Yahudi bulan lepas, lapor Xinhua.
Undang-undang kawalan senjata api itu, yang memperuntukkan skim pembelian balik senjata api nasional dan memperketat kawalan import, diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen dengan sokongan daripada Parti Greens.
Perundangan itu juga akan memperkukuh pemeriksaan latar belakang bagi pemegang dan pemohon lesen senjata api, menambah baik perkongsian maklumat antara agensi keselamatan, mengehadkan import senjata api kepada warganegara Australia sahaja, serta mengenakan had lebih ketat terhadap jenis senjata api yang dibenarkan untuk diimport.
Perdana Menteri Anthony Albanese berikrar untuk mengambil tindakan tegas bagi memperkukuh undang-undang senjata api selepas 15 orang maut ditembak dalam serangan yang menyasarkan perayaan masyarakat Yahudi di Pantai Bondi pada 14 Disember lepas.
Pihak berkuasa mendedahkan susulan serangan itu bahawa seorang daripada dua lelaki bersenjata berkenaan memiliki lesen senjata api dan mempunyai enam senjata api secara sah.
Sementara itu, undang-undang jenayah kebencian akan memberikan kuasa untuk mengklasifikasikan sesebuah organisasi sebagai "kumpulan kebencian", membenarkan menteri membatalkan atau menolak visa individu yang menyebarkan pandangan ekstremis atau kebencian, serta mengenakan hukuman lebih berat bagi perbuatan menghasut ke arah keganasan atau menyebarkan kebencian kepada kanak-kanak.
Kumpulan neo-Nazi Australia, National Socialist Network, dilaporkan telah membubarkan organisasi mereka minggu lepas sebagai tindak balas terhadap undang-undang ucapan kebencian yang baharu itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawalan senjata api
#jenayah kebencian
#Pantai Bondi
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan