awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Bank Dunia luluskan AS$250 juta sokong pemulihan pascakonflik Lubnan
MALAYSIA
Pengerusi NGO ditahan sekali lagi disyaki terlibat pengubahan wang haram
DUNIA
Serangan udara Israel ragut 12 nyawa orang awam di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Parlimen Iran lulus pelan gantung kerjasama dengan IAEA

Bernama
Bernama
25/06/2025
08:47 MYT
Sponsor Banner
Parlimen Iran lulus pelan gantung kerjasama dengan IAEA
Di bawah pelan itu, Iran berkemungkinan tidak akan bekerjasama dalam pemasangan kamera di kemudahan nuklearnya, menolak pemeriksaan fizikal, kemasukan para pemeriksa dan penyerahan laporan. - Foto Reuters
TEHERAN: Jawatankuasa Parlimen Iran meluluskan pelan umum bagi satu rang undang-undang yang bertujuan menggantung kerjasama negara itu dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Ringkasan AI
  • Jawatankuasa Parlimen Iran meluluskan pelan rang undang-undang untuk menggantung kerjasama dengan IAEA, sebagai reaksi terhadap serangan oleh AS dan Israel ke atas tapak nuklear Iran.
  • Iran menuntut jaminan profesionalisme daripada IAEA sebelum meneruskan kerjasama, termasuk penolakan terhadap pemasangan kamera dan pemeriksaan fizikal jika tiada jaminan keselamatan.
  • Iran menegaskan hak mempertahankan kedaulatan dan meneruskan program nuklear secara aman, walaupun menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.

Menurut laporan Agensi Berita MEHR (MNA), pelan itu dikemukakan sebagai tindak balas terhadap tindakan badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas wilayah Iran.
Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen, Ebrahim Rezaei memaklumkan bahawa pelan itu diluluskan oleh anggota jawatankuasa selepas meneliti perinciannya dalam sesi yang diadakan pada Isnin.
Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen, kerajaan Iran akan dikehendaki menggantung kerjasama dengan IAEA selagi Tehran tidak menerima jaminan konkrit mengenai profesionalisme agensi itu.
Di bawah pelan itu, Iran berkemungkinan tidak akan bekerjasama dalam pemasangan kamera di kemudahan nuklearnya, menolak pemeriksaan fizikal, kemasukan para pemeriksa dan penyerahan laporan, sehinggalah keselamatan semua kemudahan nuklear negara itu benar-benar terjamin.
Langkah itu dibuat susulan serangan udara oleh AS ke atas beberapa tapak nuklear Iran yang disifatkan sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa termasuk Piagam PBB.
Terdahulu, rejim Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 13 Jun, yang kemudiannya disusuli campur tangan AS melalui serangan udara ke atas tiga tapak nuklear utama Iran di Natanz, Fordow dan Isfahan pada awal Ahad.
Iran menegaskan bahawa negara itu berhak mempertahankan kedaulatan, kepentingan dan keselamatan rakyatnya.
Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) pula menyatakan bahawa serangan itu melanggar Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), dan tidak akan menjejaskan komitmen Teheran untuk meneruskan program nuklear secara aman.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#Parlimen Iran
#menggantung kerjasama
#IAEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami