LONDON: Parlimen Ireland dijangka mengadakan undian mengenai usul untuk mengusir duta Israel pada minggu depan, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
Media tempatan melaporkan Demokrat Sosial bersedia untuk membawa usul itu ke Parlimen untuk menuntut kerajaan menarik balik status diplomatik Dana Erlich.
Usul berkenaan turut mendesak sekatan ekonomi dikenakan terhadap Israel dan merujuk rejim itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat sama ada Israel itu telah melakukan jenayah perang ke atas Gaza.
Pemimpin Demokrat Sosial Holly Cairns berkata masyarakat antarabangsa dilihat mempunyai sikap yang bertentangan atau "ambivalen" dengan penderitaan rakyat Gaza.
"Usul kami menyeru kerajaan Ireland melobi bagi menggantung Perjanjian Persatuan EU-Israel kerana tidak mematuhi klausa hak asasi manusia dalam perjanjian perdagangan itu. EU juga harus menggantung akses Israel kepada EUR95 bilion dana Horizon Europe untuk penyelidikan dan inovasi.
"Memandangkan kegagalan Israel untuk menghentikan serangan terhadap penduduk awam, wartawan, kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pekerja kesihatan, maka kerajaan mesti menarik balik status diplomatik Duta Israel ke Ireland," katanya.
Menurut akhbar Irish Examiner, parti terbesar di Ireland Sinn Fein akan membawa usul mengenai merujuk Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Jurucakap hal ehwal luar Parti Sinn Fein, Matt Carthy, berkata Perdana Menteri Leo Varadkar sebelum ini menyifatkan kegagalan Israel untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan tidak boleh dipandang remeh.
"Israel mesti bertanggungjawab kerana sengaja menyasarkan dan membunuh beribu-ribu orang awam, memusnahkan infrastruktur seperti hospital, sekolah dan masjid, memaksa penduduk berpindah dan menyekat bekalan air, makanan, bahan api dan bekalan penting yang lain kepada penduduk Gaza," katanya.
"Ireland juga harus menggunakan hak sebagai negara pihak kepada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk merujuk tindakan Israel kepada pendakwa mahkamah bagi tujuan meminta siasatan terhadap sebarang perlakuan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Gaza sejak sebulan lalu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023
Usul berkenaan turut mendesak sekatan ekonomi dikenakan terhadap Israel dan merujuk rejim itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. - Gambar/ Reuters
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.