DUNIA

Parti pimpinan Aung San Suu Kyi menang besar

Khairunnisa Kasnoon 13/11/2020 | 12:30 MYT
Kemenangan yang selesa menjadi dorongan untuk Suu Kyi mengharungi penggal pertama yang bergolak dan berjuang untuk memenuhi harapan masyarakat yang tinggi. -Gambar/ Reuters
PARTI Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi, menang besar selepas memperoleh majoriti mutlak dalam Pilihan Raya Umum Myanmar.

Keputusan rasmi pilihan raya umum yang dikeluarkan pada Jumaat mengesahkan, NLD memperoleh 322 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

NLD memperoleh lebih daripada 50 peratus kerusi Parlimen.

Ia selepas ditolak satu pertiga kerusi yang diperuntukkan untuk tentera seperti yang termaktub dalam perlembagaan Myanmar.

Kemenangan yang selesa itu menjadi dorongan untuk pemenang Nobel Keamanan itu mengharungi penggal pertama yang bergolak dan berjuang untuk memenuhi harapan masyarakat yang tinggi.

NLD menang dengan margin yang sama dalam pilihan raya terakhir pada tahun 2015, sejak berakhirnya pemerintahan tentera.

Dalam pada itu, parti pembangkang utama, Parti Solidariti dan Pembangunan Kesatuan (USDP) yang disokong tentera, telah memenangi 24 kerusi.
#Aung San Suu Kyi #Myanmar #Parlimen #pilihan raya #pilihan raya umum #tentera #NLD