Skip to main content

Dunia

Pasca Brexit: Boris Johnson cuba tenangkan kebimbangan rakyat

71467042409_BorisJohnson.jpg
Wang pencen rakyat selamat, nilai pound stabil dan begitu juga pasaran.

Itu penjelasan bekas Datuk Bandar London, Boris Johnson bagi menjawab kebimbangan  mengenai kesan brexit terhadap rakyat Britain.

โ€œSaya telah lihat banyak kekeliruan hujung minggu lalu mengenai status orang ramai yang tinggal di negara ini, kata Johnson.

โ€œSangat jelas bahawa hak rakyat negara Eropah lain yang menetap di sini dilindungi.

โ€œSemua mahu melihat sebuah sistem yang adil, tidak berat sebelah dan berperikemanusiaan kepada orang ramai yang datang dari segenap dunia dan jelas penduduk dari UK yang tinggal di negara  anggota EU akan juga dilindungi hak mereka secara menyeluruh," tambahnya.


 
Beliau turut berkata, ketakutan telahpun berakhir dan UK tidak memerlukan bajet kecemasan.

Advertisement

Must Watch Video