awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan keselamatan Thailand tumpaskan empat lelaki bersenjata di Yala

Bernama
Bernama
27/01/2025
13:00 MYT
Pasukan keselamatan Thailand tumpaskan empat lelaki bersenjata di Yala
Empat lelaki bersenjata maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan tempatan di Kampung Charak Vakong, daerah Kerong Pinang, Wilayah Yala kira-kira 5.30 pagi tadi. - Gambar fail
YALA (Thailand): Empat lelaki bersenjata yang disyaki anggota Barisan Revolusi Nasional (BRN) Pattani maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan tempatan di Kampung Charak Vakong, daerah Kerong Pinang, Wilayah Yala kira-kira 5.30 pagi tadi.
Ketua Polis Wilayah Yala, Mej Jen Seksan Churansirit, berkata seramai 100 anggota pasukan keselamatan Thailand yang melibatkan polis, tentera dan sukarelawan pertahanan telah mengepung sebuah rumah yang dipercayai menjadi tempat persembunyian kumpulan bersenjata itu di perkampungan berkenaan.
"Sebelum insiden berbalas tembakan berlaku, pasukan keselamatan telah berunding dengan lelaki yang bersembunyi di dalam rumah itu. Namun, mereka cuba melarikan diri dan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Empat lelaki bersenjata itu maut di tempat kejadian ekoran pertempuran bersenjata berkenaan dengan tiga mayat ditemukan di luar rumah manakala satu lagi di dalam rumah, katanya.
Seksan berkata polis menemukan tiga laras senjata api berhampiran mayat individu terbabit dan pihaknya sedang berusaha mengenal pasti identiti kesemua lelaki terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasukan keselamatan Thailand
#lelaki bersenjata
#tembakan
#yala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan