awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan pemerhati diketuai Malaysia periksa keselamatan di sempadan Kemboja

Bernama
Bernama
14/08/2025
15:20 MYT
Pasukan pemerhati diketuai Malaysia periksa keselamatan di sempadan Kemboja
Atase Pertahanan Malaysia ke Kemboja Kol Nazlee Abdul Rahman, mengadakan lawatan lapangan untuk meninjau perkembangan terkini. - Foto: Information Ministry, Cambodia
PHNOM PENH: Usaha pemantauan gencatan senjata Kemboja-Thailand semakin dipergiat dengan Pasukan Pemerhati Sementara (IOT) yang dianggotai tujuh negara melawat kawasan sempadan hari ini bagi menilai keadaan keselamatan.
Pasukan itu, diketuai Atase Pertahanan Malaysia ke Kemboja Kol Nazlee Abdul Rahman, mengadakan lawatan lapangan untuk meninjau perkembangan terkini di sepanjang kawasan sempadan yang menjadi titik panas baru-baru ini.
Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Chum Sounry, menggesa Malaysia membantu proses pemantauan bagi mengelak sebarang peningkatan konflik.
"Kemboja menggesa Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN ketika ini dan fasilitator bersama gencatan senjata, supaya segera mewujudkan mekanisme pemantauan yang kukuh dan berkecuali bagi mengelakkan peningkatan konflik serta melindungi orang awam dan anggota tentera," katanya pada sidang media awal hari ini.
IOT turut disertai wakil negara anggota ASEAN lain iaitu Brunei, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina dan Vietnam.
Menurut Kementerian Pertahanan Kemboja, mereka melawat Pos Pemeriksaan Sempadan Boeung Trakoun di wilayah Banteay Meanchey.
IOT merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang dicapai pada Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Kemboja-Thailand yang diadakan pada 7 Ogos di Kuala Lumpur.
GBC itu diadakan susulan kejayaan Malaysia, bersama Amerika Syarikat dan China, menjadi perantara gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand yang terlibat dalam konflik bersenjata berhubung wilayah sempadan. Konflik itu berakhir pada 28 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Isu Sempadan
#konflik
#Kemboja
#Thailand
#pemantauan
#gencatan senjata
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan