awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan penyiasat mohon waran tangkap terhadap Presiden Yoon

Bernama
Bernama
30/12/2024
04:10 MYT
Pasukan penyiasat mohon waran tangkap terhadap Presiden Yoon
Yoon Suk Yeol, Presiden Korea Selatan. - Gambar fail/REUTERS
SEOUL: Pasukan penyiasat pada Isnin memohon waran tangkap terhadap Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat, menjadikannya presiden Korea Selatan pertama yang berdepan penahanan, lapor agensi berita Yonhap.
Pasukan itu memohon waran atas tuduhan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa selepas Yoon mengabaikan tiga panggilan untuk hadir sesi soal siasat.
Permohonan difailkan di Mahkamah Daerah Barat Seoul pada tengah malam Ahad, menurut pasukan penyiasat yang terdiri daripada Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO), polis, dan unit siasatan kementerian pertahanan.
Penyiasat mendakwa Yoon mengetuai pemberontakan dan menyalahgunakan kuasanya apabila mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Dis dan didakwa mengarahkan tentera ke Dewan Perhimpunan Kebangsaan untuk menghalang Ahli Parlimen daripada membatalkan dekri itu.
Yoon menafikan tuduhan itu dan berkata bahawa pengisytiharan undang-undang tentera itu adalah satu "tindakan pemerintahan" untuk memberi amaran kepada parti pembangkang terhadap apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa perundangan.
Yun Gap-geun, seorang daripada wakil peguam Yoon berjanji akan mengambil "langkah formal" sebagai tindak balas.
"Ia adalah permohonan oleh agensi yang tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat (tuduhan pemberontakan)," katanya kepada agensi berita Yonhap, merujuk kepada CIO.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yoon Suk Yeol
#Korea Selatan
#waran tangkap
#salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan