PERTUBUHAN Bangsa Bersatu (PBB) menggesa bantuan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu diteruskan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada masa sama mengkritik kenyataan terbaharu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu menghentikan sumbangan negara itu kepada WHO.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Guterres menjelaskan, kini bukanlah masa yang sesuai untuk menangguhkan pembiayaan dana kepada WHO atau mana-mana badan organisasi kemanusiaan yang kini bertarung untuk memerangi COVID-19.

PBB pada masa memaklumkan kini adalah masa untuk masyarakat antarabangsa bersatu dan bekerjasama menghentikan penularan wabak itu.

Trump pada Selasa dilaporkan mengumumkan menghentikan bantuan dana kepada WHO sementara kajian semula dijalankan.

Trump juga menuduh badan kesihatan dunia itu gagal dalam menguruskan wabak COVID-19.

BACA: Trump umum henti bantuan dana kepada WHO



BACA: COVID-19: Bersedia untuk senario paling teruk jika kita tidak bersatu - WHO

Pada 11 Mac lalu, WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik.

Menurut data terbaru WHO, lebih 1.84 juta kes Covid-19 didaftarkan di dunia yang sehingga kini sudah meragut lebih 117,000 nyawa.

Menurut Johns Hopkins University, jumlah kes disahkan di seluruh dunia berjumlah 1.98 juta dengan 126,557 kematian sementara 485,917 pula pesakit sembuh.

BACA: COVID-19: Presiden AS mempunyai kuasa mutlak - Trump