awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB bimbang serangan AS, UK ke atas Houthi

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2024
02:00 MYT
PBB bimbang serangan AS, UK ke atas Houthi
Rakaman satelit yang disediakan Maxar Technologies menunjukkan kemusnahan di Lapangan Terbang Hudaydah, Yaman. - Foto AP
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang dengan risiko pertempuran di rantau Asia Barat semakin memuncak susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya United Kingdom (UK) melancarkan serangan ke atas Houthi di Yaman.
Sehubungan itu jurucakap Setiausaha Agung PBB Stephane Dujarric mendesak semua pihak mematuhi resolusi majlis keselamatan badan dunia itu.
"Kami sangat bimbang dengan risiko dan risiko lebih besar pertempuran semakin buruk dan kesannya ke atas rantau yang lebih meluas.
"Risikonya ke atas Yaman sendiri. Wakil khas PBB ke Yaman cuba untuk menyatukan semua pihak dan dalam hal ini, penduduk awam yang terkesan," katanya.
Pemerhati mengesahkan serangan AS dan UK disasarkan ke pangkalan tentera di Sanaa dan bandar ketiga Taman, Taiz.
Sebelum ini jurucakap White House, John Kirby mengesahkan serangan disasarkan ke pusat penyimpanan aset tentera Houthi.
Houthi yang mengawal sebahagian besar Yaman selama hampir sedekad, mengesahkan lima pejuangnya terbunuh dalam 73 serangan.
Mereka berikar untuk melancarkan serangan balas dan meneruskan operasi mereka menyerang kapal dengan kepentingan Israel di Laut Merah.
Serangan ini menyebabkan kapal komersil menukar laluan lebih jauh.
Topic Berkaitan
#PBB
#Houthi
#serangan
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan