awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Switzerland berkabung kenang mangsa kebakaran bar pada malam Tahun Baharu
Lebih RM600,000 dibelanjakan bagi pendidikan di Parlimen Hang Tuah
Ngauman harimau di Proton CIty, Perhilitan hantar petugas untuk pantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB bincang isu sisa buangan plastik di Persidangan Paris

Bernama
Bernama
29/05/2023
05:45 MYT
PBB bincang isu sisa buangan plastik di Persidangan Paris
Menjelang 2024, PBB menyasarkan untuk merangka konvensyen dengan peraturan dan langkah yang meliputi keseluruhan kitaran hayat plastik. -Gambar fail/Twitter Bernama
PARIS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sesi rundingan mengenai perjanjian global untuk mengekang pencemaran alam sekitar daripada sisa buangan plastik menjelang 2040, lapor Agensi Berita Jerman ( dpa).
Sesi rundingan selama lima hari akan berlangsung di ibu pejabat UNESCO di Paris bermula Isnin.
Menjelang 2024, PBB menyasarkan untuk merangka konvensyen dengan peraturan dan langkah yang meliputi keseluruhan kitaran hayat plastik.
Bagaimanapun, kumpulan alam sekitar, industri plastik dan negara pengeluar minyak mempunyai matlamat yang berbeza-beza berhubung peraturan itu.
Meskipun, pencinta alam sekitar menuntut penamatan zaman plastik, namun industri kimia mahukan lebih banyak kitar semula dan fokus pada inovasi teknikal.
Mesyuarat itu adalah yang kedua daripada lima pusingan rundingan antara kerajaan untuk mencari konsensus mengenai isu itu.
Negara anggota PBB, serta pertubuhan bukan kerajaan, saintis dan kesatuan sekerja akan mengambil bahagian dalam mesyuarat berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#pencemaran alam sekitar
#sisa buangan plastik
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan