awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB gesa Israel batal rancangan rampas tanah Tebing Barat milik Palestin

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2020
03:25 MYT
PBB gesa Israel batal rancangan rampas tanah Tebing Barat milik Palestin
GUTERRES: Kami telah menyampaikan mesej secara konsisten bahawa rampasan bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, tetapi akan menjadi faktor utama untuk mengurangkan kestabilan rantau itu. -Gambar fail
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel untuk tidak meneruskan rancangan merampas wilayah Tebing Barat.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata langkah itu akan 'melemahkan' penyelesaian dua negara.
"Kami telah menyampaikan mesej secara konsisten bahawa rampasan bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, tetapi akan menjadi faktor utama untuk mengurangkan kestabilan rantau itu.
"Ini akan menjadi sesuatu yang akan melemahkan apa yang saya percaya keperluan, yang merupakan penyelesaian dua negara di mana Israel dan Palestin dapat hidup bersama dalam kedamaian, saling menghormati dan saling menjaga keselamatan.
"Saya harap seruan ini, bukan sahaja daripada saya, akan bergema di seluruh dunia, didengari pihak berkuasa Israel dan rampasan ini tidak akan berlaku pada 1 Julai," kata Guterres.
Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berjanji untuk merampas penempatan di tebing barat dan lembah Jordan yang strategik.
Israel merampas Tebing Barat dalam Perang Timur Tengah 1967 dan membina puluhan penempatan yang kini menjadi tempat tinggal kepada hampir 500,000 rakyat Israel.
Rakyat Palestin mahukan wilayah itu sebagai pusat negara mereka pada masa hadapan.
Sebilangan besar masyarakat antarabangsa menganggap penempatan Israel di Tebing Barat sebagai tidak sah berdasarkan undang-undang antarabangsa.
Rakyat Israel berhimpun bantah rampasan wilayah Tebing Barat
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#Benjamin Netanyahu
#Palestin
#PBB
#penempatan Israel di Tebing Barat
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Setiausaha Agung PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan