awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB seru tindakan terhadap kadar kematian ibu bersalin yang tinggi di Indonesia

Bernama
Bernama
14/08/2024
00:45 MYT
PBB seru tindakan terhadap kadar kematian ibu bersalin yang tinggi di Indonesia
Sandeep menekankan kepentingan untuk terus meningkatkan kecekapan bidan bagi mencegah anemia secara berkesan dan mengesan pendarahan lebih awal dalam kes ibu mengandung. - Gambar fail/Harvard Medical School
JAKARTA: Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) telah menyuarakan kebimbangan mengenai kadar kematian ibu bersalin di Indonesia yang mencecah 189 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran hidup pada 2020, lapor Xinhua.
Angka itu jauh lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura dengan tujuh kematian, Thailand 29 kematian dan Vietnam 46 bagi setiap 100,000 kelahiran.
"Indonesia perlu berusaha lebih baik untuk mengurangkan kadar kematian ibu bersalin. Siapa yang memainkan peranan paling penting? Kita tahu bahawa 50 peratus kelahiran di Indonesia dikendalikan oleh bidan," kata Sandeep Nanwani, pakar program kesihatan seksual dan reproduktif UNFPA Indonesia, pada Selasa.
Untuk menangani isu itu, UNFPA mengesyorkan tiga pendekatan berasaskan bukti: mengurangkan kelaziman anemia dalam kalangan wanita hamil, pengesanan awal pendarahan selepas bersalin, dan pengurusan segera pendarahan selepas bersalin.
Sandeep menekankan peranan penting yang dimainkan oleh bidan dalam melaksanakan langkah itu, menekankan kepentingan untuk terus meningkatkan kecekapan mereka bagi mencegah anemia secara berkesan dan mengesan pendarahan lebih awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#UNFPA
#Sandeep Nanwani
#kematian ibu bersalin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan