awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba akan guna helikopter padam kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi
Rakan Muda jadi mekanisme perkasa jawatankuasa di masjid - KBS
Selepas tawanan Israel terakhir ditemui, Gaza tuntut bantuan dan pembukaan lintasan Rafah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB tarik balik petugas kurang penting dari Haiti

Bernama
Bernama
14/03/2024
05:48 MYT
PBB tarik balik petugas kurang penting dari Haiti
Haiti kini dalam cengkaman krisis kerajaan berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri sementara Ariel Henry. - Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memanggil pulang petugas tidak penting di Haiti, di tengah-tengah peningkatan keganasan geng di negara Caribbean yang dilanda krisis itu.
Disebabkan keadaan keselamatan yang tidak menentu dan berdasarkan keputusan proses pengurusan risiko keselamatan yang disemak semula, kakitangan tidak penting akan dikurangkan, kata jurucakap PBB pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Beliau menegaskan bahawa PBB tidak meninggalkan Haiti. Kakitangan yang menjalankan kerja-kerja menyelamatkan nyawa akan kekal di negara itu.
Haiti kini dalam cengkaman krisis kerajaan berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri sementara Ariel Henry. Henry mengambil alih tampuk pemerintahan sejurus selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada Julai 2021.
Pada akhir Februari, geng bersenjata yang bersama-sama mengawal hampir seluruh wilayah ibu kota Port-au-Prince, bergabung dan menuntut peletakan jawatan Henry.
Perdana Menteri kemudian gagal pulang dari lawatan ke luar negara. Diplomat antarabangsa termasuk Duta Jerman telah meninggalkan Haiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB panggil pulang
#krisis Haiti
#petugas tidak penting
#peningkatan keganasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan