Pegawai tentera Arab Saudi diusir dari AS ekoran insiden menembak di Florida

Agensi
Januari 12, 2020 15:02 MYT
Lalu lintas keluar dan masuk ke pangkalan tentera udara di Pensacola, Florida dikawal selepas pegawai perkhidmatan Arab Saudi menjadi suspek insiden tembakan. - Reuter
Puluhan pegawai perkhidmatan Arab Saudi yang menjalani latihan di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) diusir keluar.
Menurut laporan CNN, ia berikutan kejadian tembak mati di kem tentera udara di Florida yang berlaku pada 6 Disember lalu.
Mereka diusir bukan atas tuduhan serangan yang berlaku di dalam sebuah kelas sehingga mengakibatkan kematian mencederakan lapan yang lain di Florida.
BACA: Anggota tentera warga Arab Saudi tembak tiga rakan sekelas hingga maut
Sebaliknya, mereka dituduh atas kesalahan mempunyai kaitan dengan gerakan ekstremis.
Sebahagian daripada mereka pula dituduh atas kesalahan menyimpan pornografi kanak-kanak.
Bagaimanapun, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pihak keadilan enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan tersebut.
Terdahulu, puluhan pegawai Arab Saudi ditempatkan di pangkalan tentera di Pensacola bagi tujuan siasatan oleh pihak FBI kerana dipercayai mempunyai unsur keganasan.
#Amerika Syarikat #Arab Saudi #Florida #maut #serangan #siasatan #tentera