DUNIA
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB akan buka misi di Bangladesh

Kira-kira 1,400 orang terbunuh dalam pemberontakan dari Julai hingga Ogos 2024 bagi menentang pemerintahan Sheikh Hasina selama hampir 16 tahun. - Gambar fail/ AP
NEW DELHI: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membuka sebuah misi di Bangladesh ketika negara itu berusaha menentukan akauntabiliti terhadap ratusan pembunuhan semasa pemberontakan besar-besaran tahun lalu.
Ringkasan AI
- Pejabat Hak Asasi Manusia PBB akan membuka misi di Bangladesh selepas menandatangani memorandum persefahaman selama tiga tahun dengan kerajaan sementara negara itu untuk menyokong usaha hak asasi manusia.
- Misi tersebut akan menawarkan latihan dan bantuan teknikal kepada pihak berkuasa Bangladesh bagi membantu mereka memenuhi komitmen hak asasi manusia di peringkat nasional dan antarabangsa, susulan siasatan terhadap penindasan protes besar-besaran.
- Pemberontakan pada Julai hingga Ogos 2024 menyebabkan kira-kira 1,400 kematian dan kejatuhan pemerintahan Sheikh Hasina, yang kini berdepan pelbagai tuduhan; 5 Ogos diisytihar sebagai cuti umum untuk memperingati Hari Kebangkitan Julai.
"Pemeteraian memorandum ini menghantar mesej penting mengenai komitmen negara terhadap hak asasi manusia sebagai asas utama peralihan," kata Turk dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sambil menyatakan bahawa ia telah bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dan "menjalankan siasatan komprehensif bagi mencari fakta berhubung penindasan maut terhadap protes besar-besaran", badan hak asasi PBB itu berkata misinya di Bangladesh akan menawarkan latihan dan bantuan teknikal kepada pihak berkuasa bagi membantu negara itu memenuhi komitmen hak asasi manusia di peringkat nasional dan antarabangsa.
Kira-kira 1,400 orang terbunuh dalam pemberontakan dari Julai hingga Ogos 2024 bagi menentang pemerintahan Sheikh Hasina selama hampir 16 tahun.
Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos, dan kini berdepan pelbagai pertuduhan termasuk jenayah terhadap kemanusiaan dan rasuah.
Kerajaan Bangladesh baru-baru ini mengisytiharkan 5 Ogos sebagai cuti umum seluruh negara bagi memperingati "Hari Kebangkitan Julai".
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami