PARIS: Kesatuan-kesatuan pekerja di Perancis melancarkan mogok di jalan-jalan di Paris dan berpuluh-puluh bandar lain di negara itu pada Khamis bagi menuntut kenaikan gaji dan keadaan kerja yang lebih baik, selain mengecam peningkatan kos sara hidup dan menuntut bantuan kerajaan susulan kenaikan harga.
Confederation Generale du Travail (CGT) berkata kira-kira 150 hingga 200 tunjuk perasaan berlaku pada hari berkenaan di seluruh Perancis, menurut Anadolu Agency.
CGT menyokong mogok sehari pelbagai sektor itu yang mengancam untuk melumpuhkan rangkaian pengangkutan awam ibu kota.
Menurut CGT, 4,000 orang mengambil bahagian dalam demonstrasi di Paris yang bermula pada 2 petang waktu tempatan di Place de la Republique dan berakhir di Place de la Bastille.
Polis dan Kementerian Dalam Negeri menganggarkan 2,000 hingga 4,000 penunjuk perasaan di Paris, namun tiada rusuhan atau pergelutan berlaku semasa protes itu.
Walaupun protes turut berlaku di bandar-bandar di seluruh negara termasuk Lyon atau Montpellier, gangguan tertumpu di Paris dengan pekerja rangkaian pengangkutan awam Regie Autonome des Transports Parisiens (RATP) menyokong mogok itu apabila mengisytiharkan Jeudi Noir (Khamis Hitam) bagi perkhidmatan.
Sekurang-kurangnya separuh laluan kereta api bawah tanah tidak beroperasi selain bas-bas pinggir bandar, lapornya.
Lima laluan metro ditutup sepenuhnya dan tujuh lagi hanya beroperasi pada waktu puncak. Mogok Khamis berlaku apabila penumpang semakin marah terhadap sistem pengangkutan awam Paris kerana perkhidmatannya masih belum pulih sepenuhnya sejak wabak COVID-19 bermula walaupun bilangan pengguna sudah kembali ke tahap prapandemik.
Kesatuan telah melancarkan mogok merentasi beberapa sektor dalam beberapa minggu kebelakangan ini menuntut kenaikan gaji atau menambah pengambilan pekerja apabila kos tenaga yang semakin meningkat memberi kesan kepada inflasi secara meluas.
Menteri Akaun Awam Gabriel Attal kesal kerana ramai akyat Perancis tidak dapat bekerja, kesukaran pelajar pergi ke sekolah akibat Reseau Express Regional (Rangkaian Ekspres Serantau), kereta api komuter hibrid dan sistem transit pantas yang berkhidmat di Paris dan di pinggir bandar, tidak beroperasi .
Ini adalah mobilisasi ketiga kesatuan sekerja berturut-turut, selepas dua lagi bantahan di seluruh negara pada 18 Okt dan 27 Okt. Bantahan pada 18 Okt melibatkan 107,000 penunjuk perasaan, menurut Kementerian Dalam Negeri, namun CGT berkata terdapat sekurang-kurangnya 300,000 penunjuk perasaan.
Menurut Agensi Anadolu, rungutan dan tuntutan mogok termasuklah kenaikan gaji minimum, penilaian semula gaji supaya sejajar dengan inflasi dan penilaian semula skala gaji untuk pekerja sektor awam.
CGT juga marah kerana kerajaan mengunakan kuasa darurat ketika mogok awal di loji penapisan minyak pada Oktober yang menyebabkan kekurangan petrol dan diesel secara meluas di stesen pengisian di seluruh negara.
Pemimpin kesatuan juga berharap dapat meningkatkan tekanan ke atas Presiden Emmanuel Macron ketika beliau bersedia untuk memulihkan semula skim pencen kontroversi yang akan menaikkan umur persaraan rasmi daripada 62 kepada 64 bahkan kepada 65.
Harga pengguna Perancis pada Oktober meningkat pada kadar terpantas sejak 1985, didorong oleh kenaikan harga tenaga, makanan dan barangan perkilangan, menurut data rasmi
Secara khususnya harga makanan yang meningkat hampir 12 peratus menjejaskan perbelanjaan isi rumah.
Sementara itu, harga tenaga meningkat hampir 20 peratus walaupun campur tangan kerajaan untuk mengehadkan bil bagi pengguna yang dapat mengekalkan inflasi keseluruhan di bawah paras yang dilihat di negara-negara jiran Kesatuan Eropah mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2022
CGT menyokong mogok sehari pelbagai sektor itu yang mengancam untuk melumpuhkan rangkaian pengangkutan awam ibu kota. - AP
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Korea Selatan gantung lesen dua doktor sertai mogok
Kedua-dua pegawai itu, masing-masing Kim Taek-Woo dan Park Myung-Ha menerima notis itu pada Selasa.
Pekerja lapangan terbang Frankfurt lancar mogok, penerbangan dibatalkan
Gangguan besar dijangka berlaku di Lapangan Terbang Frankfurt pada Khamis berikutan mogok kakitangan keselamatan.
Mogok kereta api berulang di Jerman
Perkhidmatan sebahagian besar rangkaian kereta api jarak jauh dan wilayah Jerman terhenti pada pagi Khamis apabila pemandu memulakan mogok 35 jam berikutan kegagalan dalam rundingan gaji.
Operasi di lima lapangan terbang Jerman terjejas akibat mogok
Di lapangan terbang Frankfurt, sehingga 90 peratus daripada 600 jadual ketibaan dan pelepasan telah dibatalkan.
Syarikat penerbangan Brazil batal penerbangan ke Argentina susulan mogok
Sehingga 20 Januari, lebih 30 penerbangan antara Brazil dan Argentina telah dibatalkan.
PM Iceland akan sertai mogok tuntut kesamarataan jantina
Wanita di seluruh Iceland pada Selasa melancarkan mogok menuntut kesamarataan jantina, protes pertama seumpamanya dalam tempoh hampir setengah abad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus
FNV menuntut gaji dinaikkan sebanyak 14.3 peratus bagi mengimbangi inflasi pada 2023 dan indeks gaji automatik pada 2024.
Penganjur, peserta mogok lapar akan dipanggil polis
Peserta mogok lapar itu juga dilaporkan telah bersurai dan pihak polis akan memanggil mereka ini untuk membantu siasatan.
Polis ada kuasa tahan peserta mogok lapar di Penjara Sungai Buloh
PDRM tidak menolak kemungkinan untuk menahan kumpulan perhimpunan yang masih berada di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh.
Pelakon, penulis Hollywood sertai mogok pekerjaan
Setakat ini, 65,000 ahli kesatuan pelakon secara rasmi telah menyertai mogok tersebut.