awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja perubatan, pendidikan di San Salvador bantah pemotongan Bajet 2025

Astro Awani
Astro Awani
20/10/2024
02:00 MYT
Pekerja perubatan, pendidikan di San Salvador bantah pemotongan Bajet 2025
Ratusan anggota sektor perubatan dan pendidikan mengadakan protes di San Salvador membantah pemotongan bajet yang diumumkan untuk tahun 2025 di bawah pentadbiran Presiden Nayib Bukele pada Sabtu. - Foto REUTERS
EL SALVADOR: Ratusan anggota sektor perubatan dan pendidikan mengadakan protes di San Salvador membantah pemotongan bajet yang diumumkan untuk tahun 2025 di bawah pentadbiran Presiden Nayib Bukele pada Sabtu.
Pemotongan yang dijangkakan dalam bajet Kesihatan dan Pendidikan 2025 itu termasuk pembekuan pembayaran insentif gaji yang dikenali sebagai 'escalafon' dan mengurangkan peluang pekerjaan.
Dalam pada itu, para pekerja mengeluh mengenai agihan dana awam oleh Kerajaan kepada projek-projek lain serta mengabaikan sektor kesihatan dan pendidikan.
Di protes itu, peserta membawa sepanduk menuntut Kerajaan mengurangkan perbelanjaan bagi propaganda kerajaan dan operasi polis serta memperuntukkan lebih banyak bajet kepada perkhidmatan awam.
Bukele, yang dikenali kerana tindakan tegas membanteras jenayah gangster di negara Amerika Tengah diberikan pujian atas kejayaan mengurangkan kadar jenayah namun dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia.
Topic Berkaitan
#pendidikan
#bajet 2025
#perubatan
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan